- Hit: 1516
KUALA LUMPUR, 7 April 2018 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur diteruskan pada minggu ini. Program pada setiap hari Sabtu ini, menyedia serta mengedarkan 200 pek sarapan pagi berserta minuman kepada rakan-rakan jalanan di sekitar masjid.
Edaran pek sarapan pagi ini dilaksanakan setelah selesai solat subuh sehingga 8:00 pagi. Seawal jam 6:00 pagi, rakan-rakan jalanan ini telah berkumpul dan beratur menunggu giliran. Minggu ini tajaan pek makanan ini adalah daripada YBK.
Terima kasih kepada semua yang turut serta membantu dalam program ini. Untuk sahabat YBK yang ingin turut serta menaja atau menyumbang kepada 'Laman Amal' ini, bolehlah berhubung dengan Asuad di talian 012-617 4051 atau 03-7875 0036.