- Hit: 1254
KELANA JAYA, 7 April 2018 - YBK telah mengadakan Taklimat & Ceramah sempena Program Umrah YBK 2018. Untuk tahun ini, YBK telah menaja seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada staf dan juga sahabat YBK.
Program dimulakan dengan ceramah umrah pada jam 10 pagi yang disampaikan oleh Ustaz Husni Muhd Harun daripada Andalusia Travel & Tours.
Kemudian YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, telah menyampaikan ucapan, pesanan serta amanah beliau kepada para peserta. YBhg. Dato' juga turut menyampaikan surat tawaran kepada para peserta.
Turut hadir, Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK yang menyampaikan beg dan kelengkapan umrah kepada peserta. Pengurus Andalusia Travel & Tours Kelana Jaya, Pn. Nurul Hazrah kemudiannya menyampaikan taklimat pentadbiran dan perjalanan program.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta dan jamuan makan tengahari. Semoga para peserta dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan umrah yang mabrur, Insha Allah.