- Hit: 1352
KLIA, 13 April 2018 - Hari ini para peserta Program Umrah Yayasan Basmi Kemiskinan untuk tahun 2018 telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah. Tahun ini, YBK telah menaja 12 orang peserta. Mereka beserta ahli keluarga masing-masing telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi.
YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, turut meluangkan masa meninjau dan beramah mesra dengan para peserta dan ahli keluarga mereka. Turut hadir, Datin Hartini Osman dan Tuan Hj. Basharuddin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif YBK.
YBK mendoakan semoga para peserta mendapat Umrah yang sempurna dan dipermudahkan segala urusan.