- Hit: 1350
KUALA LUMPUR, 20 April 2018 โ Majlis Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan 2018, telah diadakan di Wisma Bernama pagi tadi.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Turut hadir YBhg. Datin Hajah Hartini Osman, selaku Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan dan ALPA YBK, Dato' Selamat Amir dan Encik Zulhairy Jalaluddin.ย ย Di majlis tersebut YBK menerima cek-cek sumbangan dari YBK Usahasama Sdn. Bhd., Permodalan YBK Sdn. Bhd., Servecare Sdn. Bhd., PYBK Construction Sdn. Bhd., Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd., Hikmah Cantik Sdn. Bhd. dan Puan Hajah Asiah Abu Bakar.
Pengagihan sumbangan akan dilaksanakan bermula 5hb Mei 2018 oleh pegawai dan sukarelawan YBK di seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak).
Di majlis tersebut juga, termeterai perjanjian usahasama antara Bernama News Channel (BNC) dan Yayasan Basmi Kemiskinan bagi penganjuran Program TV โSelembar Kasihโ. Program TV berbentuk majalah ini, mengandungi 13 episod yang akan memaparkan perjalanan 28 tahun YBK membasmi kemiskinan dan akan menemui penonton bermula Ramadhan.
MoU yang ditandatangani oleh YBhg. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi BERNAMA) dan YBhg. Datoโ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) disaksikan oleh Encik Abdul Rahman Ahmad (Editor BNC) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.