KUALA LUMPUR, 21 April 2018 - Hari ini telah berlangsung Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Program mingguan ini menyedia serta mengedar 200 pek sarapan pagi serta minuman panas kepada rakan-rakan jalanan ini.

Pada minggu ini, seramai 38 orang pelajar daripada Persatuan Sukabantu UiTM Jasin Melaka turut serta membantu melancarkan program Santuni Gelandangan ini. Edaran makanan bermula selepas solat subuh sehingga jam 8 pagi.

Tajaan pada hari ini daripada Tuan Hj Tamin. Bagi sahabat fb yang ingin menaja atau menyumbang didalam program 'Laman Amal' ini bolehlah berhubung dengan Asuad 0126174051.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;