- Hit: 1369
KUALA LUMPUR,Β 5Β Mei 2018 - Hari ini telah berlangsung Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Program mingguan ini menyedia serta mengedar 200 pek sarapan pagi serta minuman panas kepada rakan-rakan jalanan ini.
Pagi ini kehadiran Pn. Syarifah daripada Kepong turut menyumbang 30 bungkus sarapan pagi ini. Beliau turut serta membantu mengedar pek makanan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir.Β Pada minggu ini pek sarapan pagi ditaja oleh YBK.
Program Santuni Gelandangan ini akan direhatkan buat sementara waktu dalam bulan Ramadhan nanti.