SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 24 buah keluarga di kawasan Shah Alam, Klang dan Lembah Subang telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Pengerusi SKR 2018, YBhg. Datin Hajah Hartini Osman telah turut sama menyerahkan sumbangan kepada 5 keluarga di kawasan Klang pada 16 Mei 2018, dan penyerahan turut dibantu oleh para sukarelawan YBK yang lain. Keluarga yang menerima adalah;

KLANG, 22 Mei 2018 - Abdul Razak Majid menyara kehidupan isteri, Norul Naziah Buyong dan 7 orang anaknya dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Shah Alam. Isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga keperluan 6 anaknya yang bersekolah dan seorang yang berusia 4 tahun, Mohd Hidayat Hakime. Pasangan ini sedang menantikan cahaya mata ke-8 yang dijangka akan lahir pada minggu hadapan. Keluarga ini boleh di hubungi di talian 018-2720231. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [WA-SGR-007]

SHAH ALAM, 24 Mei 2018 – Mohd Faizal Shamsuddin dan isteri, Siti Homsiah Mohd Kosnan tinggal di Flat PKNS Seksyen 7 Shah Alam. Bekerja sebagai pembantu kedai di 7-Eleven, beliau mengakui pendapatan yang diterima adalah hanyalah cukup-cukup makan untuk perbelanjaan keluarga. Mujurlah isteri beliau turut sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan keluarga dengan bekerja di tadika berhampiran. Keluarga ini tinggal menyewa dengan kos RM800 sebulan, dan sebahagiannya ditanggung oleh zakat. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak - 5 orang anak masih bersekolah dan yang bongsu berumur 5 bulan. Mohd Faizal boleh dihubungi di talian 011-2714 5160. Sumbangan SKR 2018 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [WA-SGR-008]

LEMBAH SUBANG, 15 Mei 2018 - Mokhtar Ismail dan Efaiza Taib adalah perantau dari Terengganu yang sudah lama bermastautin di Selangor. Mokhtar Ismail bekerja sebagai operator di Petaling Jaya manakala Efaiza Taib yang lebih mesra disapa 'iza' adalah suri rumah sepenuh masa. Kelakuan bekerja mengikut 'mood' menyebabkan Mokhtar selalu 'lompat kerja'. Pasangan ini mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah dan Mohd Shafiq Hazrien, yang baru berusia 4 bulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-220 6934.  Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Puan Norhayati Jaafar (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-009]

LEMBAH SUBANG, 15 Mei 2018 - Hidup sebagai 'single mother', mencari rezeki untuk menyara kehidupan 4 anak yang masih bersekolah tidak semudah yang digambarkan. Junaizah Abd Aziz, bekerja sebagai pemandu lori terkadang terpaksa meninggalkan anak-anak di waktu malam kerana ingin meraih pendapatan yang lebih. Bila menjelang musim perayaan,atau tahun baru, beliau terpaksa mencari duit lebih bagi memberi senyuman diwajah anak anak demi memiliki sepasang baju raya atau baju sekolah. Anak sulung beliau, Nurul Atiqah, yang juga pelajar di Maahad Al Tahzib Wa Al Taalim menjadi  peneman setia adik adik bila ketiadaan ibu mereka. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018-977 2426 (Junaizah). Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Puan Norhayati Jaafar (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-011]

LEMBAH SUBANG, 15 Mei 2018 - Nor Hamizi Mohammadani bekerja sebagai pengurus jenazah.  Tugasnya yang tidak mengira masa dan tempat, tidak memungkinkan beliau sentiasa berada dirumah memantau pergerakan anak sulung istimewa mereka, Mohd Syarul Syazwan yang berusia 18 tahun , yang mempunyai masalah hiperaktif.  Tugas tersebut dipikul oleh isterinya,Ruzita Bahari.  Pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang masih sekolah dan 2 orang yang masih kecil. Keluarga ini bolehlah dihubungi ditalian 016-8541735. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Puan Norhayati Jaafar (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-013]

LEMBAH SUBANG, 15 Mei 2018 - Suasana riuh menyambut kedatangan kami,kanak kanak sibuk membeli 'jajan' yang dijual oleh penerima SKR 04 di sini. Siti Rohana Abu Kasim tidak kekok melayan karenah kanak kanak yang mengetuk pintu rumahnya untuk membeli jajan atau ais batu. Suami beliau, Zaini Azwar seorang pemandu lori yang jarang balik ke rumah kerana mengejar jadual yang padat. Beliaulah yang berseorangan menjaga 5 anaknya yang masih bersekolah dan seorang bayi,Mohd Alif Zulkarnain yang baru berusia 7 bulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-2721404. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Puan Norhayati Jaafar (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-015]

SHAH ALAM, 24 Mei 2018 – Selepas kematian suami, Pn. Esah Jusoh bergantung harap kepada bantuan PERKESO sebanyak RM700 sebulan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Arwah suami dahulunya seorang peniaga di ‘uptown’ dan selepas kematian suami, Pn. Esah tidak mampu meneruskan perniagaan tersebut kerana tidak sihat dan menyewakan tapak kepada orang lain. Beliau sendiri menghidap sakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis setiap minggu dan kos rawatan sedikit sebanyak merunsingkan beliau. Tinggal menumpang di rumah ibu mertua, 4 orang anak beliau masih belajar di mana 2 orang di peringkat diploma dan 2 orang lagi di sekolah menengah. Beliau boleh dihubungi di talian 013-3997534. Sumbangan SKR 2018 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [WA-SGR-016]

SHAH ALAM, 22 Mei 2018 - Mohd Zaki Udin, 43 tahun menyara kehidupan isteri Junaidah Mohd Isa, 40 tahun dan 9 anaknya dengan membuat kerja kampung dan memotong rumput. Isteri beliau tidak dapat keluar bekerja kerana anak bongsu mereka, Muhammad Harraz Daffa 3 tahun seorang OKU (cacat fizikal). Anak istimewa ini masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital setiap minggu bagi fisioterapi dan sebagainya. 8 orang anak pasangan ini yang berusia diantara 6 tahun hingga 16 tahun masih di alam persekolahan dan masih tidak boleh diharapkan untuk membantu ibu ayah. Sebulan yang lalu,keluarga ini diuni dengan kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Pada dialah ibu ayah mencurah perasaan dan diharap untuk menjaga adik adik. Namun ketentuan yang Maha Esa, beliau pergi mengadap ilahi setelah beberapa bulan di masukkan ke Akademi Proton. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-6015410. Sumbangan SKR 2018 oleh En Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [WA-SGR-017]

PADANG JAWA, 23 Mei 2018 – Che Mansor Che Amat cekal menjaga anak-anak saudara beliau seramai 7 orang di samping anak beliau sendiri seramai 4 orang walaupun pendapatannya sebagai peniaga gerai makan adalah tidak tetap, tambahan lagi pendapatan beliau adalah bergantung kepada permintaan pelanggan. Menjaga 11 orang anak-anak yang punya pelbagai karenah ini bukanlah satu tugas yang mudah, tetapi isteri tercinta, Pn. Nik Aminah Abu Jamal, setia membantu dalam mendidik dan memastikan kesejahteraan anak-anak ini. Keluarga ini tinggal menyewa di dalam sebuah rumah yang kecil dengan sewa bulanan RM500. Che Mansor boleh dihubungi di talian 019-6385478. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Vernon Vincent Sta Maria dan saudara Danial Imran Sulaiman Imran telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [WA-SGR-019]

KAPAR, 16 Mei 2018 - Rafiz Razali dulunya bekerja sebagai pemandu peribadi terpaksa berhenti kerja kerana mengidap penyakit kudis di kaki dan peha sejak setahun yang lalu. Isterinya beliau,Zaharsa Othman tidak bekerja kerana menjaga anak sulung, Nurzalikha Iza yang mengidap Epilepsy. Mereka sekeluarga menumpang teduh di rumah flat milik ibu Zahasra dengan bayaran sewa sebanyak RM 400 sebulan. Rafiz kini membuat kerja kerja kampung demi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Kerana desakan hidup,anak anaknya tidak bersekolah. Namun, atas keprihatinan En. Iftiqal (Sukarelawan YBK),3 orang anaknya telah bersekolah di SK Sementa dan SMK Sg Kapar Indah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-6717544. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman (Pengerusi SKR 2018). Hadir bersama Puan Roshidah Abdul A'ala dan En Iftiqal yang juga merupakan Sukarelawan YBK. [WA-SGR-023]

KLANG, 16 Mei 2018 - Zarita Ahmad, ibu tunggal yang menyara kehidupan 7 anaknya dengan menjadi 'cleaner' di Kapar Energy Ventures. Sementara Zarita keluar mencari rezeki, anak ketiga beliau, Nor Faizah yang akan menguruskan 3 adik adiknya yang masih bersekolah dan beliau jugalah yang menghantar dan mengambil ibunya dari tempat kerja. Minatnya untuk belajar kemahiran terpaksa dilupakan dek kerana desakan hidup yang menuntut beliau sentiasa berada dengan adik adiknya dirumah. 2 orang lagi anak Zarita yang berusia 13thn dan 15thn sudah tidak berminat untuk bersekolah. Anak beliau yang ke 5,Mohd Huzaimi adalah anak istimewa (cacat pendengaran) Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-7175361. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman (Pengerusi SKR 2018). Hadir bersama Puan Roshidah Abdul A'ala dan En Iftiqal yang juga merupakan Sukarelawan YBK. [WA-SGR-024]

KLANG, 16 Mei 2018 - Perjalanan pertama membawa kami ke sebuah rumah usang yang dihuni 7 orang dari 3 keluarga. Awaluddin Abdullah menyara kehidupan isteri, Kartini Anuar dan 2 anaknya dengan menjual besi buruk dan barangan terpakai seperti kotak dan sebagainya. Barang-barang tersebut dipungut dari tong sampah besar di depan jalan besar rumah mereka.  Pondok usang yang disewa RM250, turut menempatkan keluarga kakak ipar dan adik ipar. Mereka sekeluarga telah menetap disitu selama 8 tahun. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-221 1685. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman (Pengerusi SKR 2018). Hadir bersama Puan Roshidah Abdul A'ala dan En Iftiqal yang juga merupakan Sukarelawan YBK. [WA-SGR-025]

KLANG, 16 Mei 2018 - Idaruzi Samsuddin dan Nor Azizah Said menyara kehidupan mereka dan 6 anaknya dengan berniaga baju bundle. Walaupun isterinya,Nor Azizah seorang OKU (fizikal),namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk membantu suaminya. Kehidupan mereka melarat apabila anak sulung mereka,Alia talah disahkan mengidap kanser lymphoma sejak setahun yang lalu. Beberapa pembedahan telah dilakukan namun kesihatan adik Alia semakin merosot. Namun semangat tak mudah menyerah pada qada qadar membuatkan ibubapa tabah ini akan berusaha sedaya mungkin bagi memberikan kehidupan yang lebih  baik buat anak sulung mereka ini. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018-2671198. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman (Pengerusi SKR 2018). Hadir bersama Puan Roshidah Abdul A'ala dan En Iftiqal yang juga merupakan Sukarelawan YBK. [WA-SGR-026]

KLANG, 16 Mei 2018 - Ziarah Ramadhan, Datin Pengerusi SKR diteruskan ke rumah ke 3 penerima sumbangan, Jeffrey Ramli dan Zoiah Kali. Dirumah yang dhaif inilah tinggal mereka dan 15 orang anaknya sejak 15 tahun yang lalu. Suami tidak bekerja,menjadikan Zoiah sebagai tulang belakang keluarga yang menanggung 10 orang anaknya dan juga keluarga anaknya yang telah berkahwin,menantu dan 2 cucunya. Anak-anak tidur berbantalkan lengan dan beralaskan lantai,kerana mereka tidak mampu untuk membeli bantal dan tilam. Keperluan asas seperti tv,peti ais dsn mesin basuh tiada.  Baju baju juga adalah sumbangan guru sekolah dan jiran yang prihatin. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018-2921051. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman (Pengerusi SKR 2018). Hadir bersama Puan Roshidah Abdul A'ala dan En Iftiqal yang juga merupakan Sukarelawan YBK. [WA-SGR-027]

LEMBAH SUBANG, 24 Mei 2018 - Zainal Abidin Din dulunya berniaga murtabak, kini terlantar di katil akibat penyakit kencing manis yang kronik (kaki akan dipotong). Isteri beliau, Rosnah Mohd Lazim mengambil tugas sebagai ketua keluarga,menyambung kemahiran suami menjual murtabak di situ. Pasangan ini mempunyai 8 orang anak, 3 orang darinya berada di IPTA dan IPTS dan 5 orang lagi masih bersekolah. Rosnah dibantu oleh anak beliau, Nur Ain Syuhada yang berumur 18 thun selepas syuhada balik dari sekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010-9448471. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn Bhd telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [WA-SGR-028]

LEMBAH SUBANG, 24 Mei 2018 - Nor Azizah Mokthat, seorang ibu tunggal menyara kehidupan 6 anaknya yang masih belajar dengan hanya menjadi pembantu di warung nasi kukus di Ara Damansara. Pendapatan RM45 sehari, tidak cukup menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. 2 anak beliau masih belajar di IPTA dan bekerja sambil belajar demi mencari duit poket dan tidak mahu menyusahkan ibu. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016-3120758. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn Bhd telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [WA-SGR-029]

LEMBAH SUBANG, 24 Mei 2018 - Nor Hamdi Rosli bekerja sebagai pembantu bagi 'projek gula' yang diusahakan oleh rakan beliau di Petaling Jaya. Dengan pendapatan RM20 sehari sejak 3 tahun yang lalu, cukup untuk membeli makanan untuk mereka sehari-hari.  Jika tidak bekerja, kepada jiran dan kawan-kawanlah tempat mereka mengadu. Anak-anak dibekalkan makanan yang dimasak menggantikan duit belanja sekolah. Isteri beliau, Zainon Roslan atau lebih dikenali sebagai Amy tidak bekerja kerana terpkasa menguruskan rumah tangga dan anak-anak. 2 orang anaknya sekolah dan 2 orang lagi masih kecil.  Mereka sekeluarga tidak mendapat bantuan JKM dan LZS.  Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-3121169. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Sta Maria dan saudara Danial Imran Sulaiman Imran telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [WA-SGR-030]

LEMBAH SUBANG, 24 Mei 2018 - Maslina Mahfos dan Abu Mansor sudah menetap di sini sejak 10 tahun yang lalu setelah Maslina berhijrah dari Negeri Sembilan. Pasangan ini menjual air minuman di pasar malam bagi membesarkan 7 orang anak yang masih belajar.  3 anaknya berada di IPTA, seorang lepas SPM dan 3 lagi masih bersekolah.  Bermulanya Ramadhan, mereka menjual air minuman di Bazar Ramadhan Lembah Subang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-3969304. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn Bhd telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [WA-SGR-031]

PADANG JAWA, 24 Mei 2018 – Pn. Norhidah Asri, seorang ibu tunggal menyara keluarganya dengan menjual kuih karipap yang digoreng ke kantin-kantin sekolah berhampiran dan berdasarkan permintaan. Rutin kerja beliau dari awal pagi membuat adunan sehinggalah sebelah petang menggoreng dan menghantar karipap hanya menghasilkan pendapatan sekitar RM500 sebulan. Kerana terlalu memaksa diri bekerja, beliau menghidap asma dan baru-baru ini telah disahkan menghidap darah tinggi sehingga hampir terkena angin ahmar (stroke). Anak-anak beliau (kecuali yang sulung) masih belajar dan apabila cuti sekolah, membantu beliau membuat kuih. Beliau boleh dihubungi di talian 019-3577034. Sumbangan SKR 2018 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [WA-SGR-032]

BUKIT BERUNTUNG, 25 Mei 2018 – Sahren Nik Mat dan Nur Heidayu Baharuddin berhijrah dari Terengganu demi mengubah kehidupan mereka sekeluarga. 2 tahun lepas, mereka tinggal di runah kosong di kawasan tersebut kerana tidak mampu menyewa rumah. Namun sejak 5 bulan yang lalu,Sahren mula bekerja membuat wiring,dan mereka menyewa bagi memberi keselesaan kepada 2 anaknya yang sekolah dan seorang yang masih kecil. Keluarga ini boleh dihububgi di talian 011-12162135. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmaf telah disampaikan oleh Hjh Norrihan Abdullah (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-033]

BUKIT BERUNTUNG, 25 Mei 2018 – Mohd Ridzuan Harun hanya bekerja mengambil upah mengecat rumah dengan pendapatan yang tidak menentu. Isteri, Nur Fadhlin Zulkipli tidak bekerja kerana menguruskan 6 anaknya yang bersekolah yang berusia antara 5tahun hingga 16 tahun.  Pasangan ini juga mempunyai bayi yang berusia 6 bulan iaitu Muhammad Arjuna. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-7153412. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Vincent Sta Maria dan Saudara Danial Imran Sulaiman Imran telah disampaikan oleh Hjh Norrihan Abdullah (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-034]

BUKIT BERUNTUNG, 25 Mei 2018 – Akibat kemalangan beberapa tahun lalu, Muhammad Rozlan Baharuddin mempunyai kekangan untuk melakukan kerja kerja berat. Beliau kerja mencuci kereta atau mengambil upah kerja apa saja di sekitar Bukit Beruntung. Isteri, Haniza Abd Hamid tidak bekerja lantaran menguruskan 5 orang anaknya yang bersekolah, 5 tahun sehingga 14 tahun.  Mereka juga menjaga 3 orang anak jiran yang diserang strok sejak seminggu yang lalu. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-2921236. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Hjh Norrihan Abdullah (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-035]

BUKIT BERUNTUNG, 25 Mei 2018 – Iliyas Endut yang terlantar sejak bertahun yang lalu akibat sakit saraf memaksa Rohani Zakaria membuat laksam dan hantar di kedai makan hadapan blok tempat mereka tinggal.  Pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang masih belajar di GiatMara Kuala Terengganu (2 orang anak) dan 2 orang masih sekolah di SMK Taman Bunga Raya 1. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-3125298. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmah telah disampaikan oleh Hjh Norrihan Abdullah (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-036]

LEMBAH SUBANG, 15 Mei 2018 - Mohd Sharizan Saarii bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala Zalwanie Zakaria adalah suri rumah sepenuh masa. Zalwanie mempunyai kepandaian mengurut yang diperturunkan oleh arwah neneknya,jadi jika ada tempahan untuk mengurut, adalah rezeki lebih buat mereka sekeluarga. Pasangan ini mempunyai 2 anak yang masih bersekolah dan seorang anak kecil iaitu, Muhammad Shariq Zarwasy (10 tahun), Suci Orkid Zalwisya (7 tahun) dan Tuah Sharazz Zarwisy (2 tahun). Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-6422138.  Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Puan Norhayati Jaafar (Sukarelawan YBK). [WA-SGR-037]

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;