- Hit: 1288
SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 13 buah keluarga di kawasan Kajang, Semenyih, Cheras, Beranang, dan Hulu Langat telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Penyerahan sumbangan di kawasan ini dilaksanakan oleh Audi Faliq Ibrahim. Keluarga yang menerima adalah;
HULU LANGAT, 15 Mei 2018 - En. Mazli Darul Ehsan adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan yang tidak menentu, bergantung kepada permintaan. Isteri beliau, Pn. Suraya Aziz pula tidak bekerja. Pasangan ini tinggal di sebuah rumah teres yang serba kekurangan dengan sewa RM400 sebulan. Beliau ada menerima bantuan persekolahan untuk anak-anaknya daripada Lembaga Zakat. Seramai 10 orang anak dan cucu tinggal bersama, dan 5 orang lagi masih belajar. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-2061592. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn. Bhd. telah disampaikan Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-001]
BATU 9 1/2 HULU LANGAT, 15 Mei 2018 - En. Sany Abd Raub, tangan kiri beliau dimasukkan besi manakala isteri beliau, Pn. Tutty Harlida Ahmad tidak berupaya berdiri lama kerana patah kaki kiri. Pasangan suami isteri ini berniaga pisang goreng cheese dan laksa utara menggunakan 'food truck' pemberian Lembaga Zakat dengan pendapatan purata RM700 sebulan, bergantung kepada permintaan pelanggan. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Beliau boleh dihubungi di talian 011-14376469. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-002]
HULU LANGAT, 15 Mei 2018 - Pn. Latifah Khalil adalah seorang ibu tunggal dan tidak bekerja. Beliau bergantung sepenuhnya pada PERKESO dan zakat sebanyak RM700 sebulan. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Sri Nanding dengan kadar sewa RM350 sebulan. Beliau menjaga 9 orang anak, dan 6 orang daripadanya masih belajar. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-003]
KG DUSUN NANDING, 15 Mei 2018 - En. Amran Daud dan isteri, Pn. Nik Maheran berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai buah di samping pendapatan daripada menjahit. Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat RM175 selain pendapatan bulanan sekitar RM800. 5 dari 7 anaknya masih belajar. En. Amran menghidap sakit sendi di bahagian lutut. Beliau boleh dihubungi di 019-6148464. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn Bhd telah disampaikan Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-004]
BT 11 1/4 HULU LANGAT, 22 Mei 2018 - Kehidupan Pn. Rosmawati Abd Razak agak terjejas selepas suami beliau tidak bekerja dan menghadapi kes mahkamah. Tambah menyedihkan, beliau sendiri menghidap kanser payudara dan tidak kuat untuk bekerja. Walau bagaimanapun, beliau tabah dan terus berusaha mencari pendapatan untuk keluarga dengan berniaga makanan di kantin sekolah berhampiran kediaman. Tinggal menyewa dalam satu rumah yang kecil bersama 4 orang anaknya yang masih belajar, dan anak sulung beliau baru melanjutkan pelajaran atas tajaan zakat. Beliau boleh dihubungi di talian 012-9157659. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-005]
BT 13 1/2 HULU LANGAT, 22 Mei 2018 - Sejak ditimpa penyakit angin ahmar (stroke) yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan bertutur, En. Yaakob Hamid kini hanya mampu tinggal di rumah dan bergantung kepada isterinya, Pn. Zawani Abdul Ghani untuk mencari rezeki dengan melakukan pelbagai pekerjaan. Merupakan penerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM400, mujurlah anak sulung pasangan ini baru bekerja dan sedikit sebanyak membantu dalam menampung perbelanjaan keluarga. 4 orang anak beliau masih bersekolah dan tinggal bersama dalam kediaman yang serba kekurangan. En. Yaakob boleh dihubungi di talian 017-2655066 atau 017-6931673. Sumbangan SKR 2018 oleh En Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-007]
HULU LANGAT, 15 Mei 2018 - Pn. Haniza Yahaya, seorang ibu tunggal yang tinggal menumpang di rumah peninggalan arwah kakaknya bersama-sama anak buah. Beliau tidak bekerja dan bergantung pada zakat RM350 sebulan. 5 orang anaknya semuanya masih belajar. Beliau boleh dihubungi di 013-3838832. Sumbangan SKR 2018 oleh Arah Semangat Sdn. Bhd. telah disampaikan Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-008]
TAMAN CHERAS MAS, 22 Mei 2018 - En. Muhammmad Suhaimi Harun menyara keluarga beliau dengan bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan purata RM1,000 sebulan, namun pendapatan ini tidak menentu. Isteri beliau, Pn. Siti Noraziehan Saadi menjalankan kegiatan memasak lauk-pauk untuk jualan di bazar Ramadhan. Dahulunya isteri beliau ada menjual nasi lemak tetapi kini tidak diteruskan selepas anak sulung beliau berhenti sekolah dan berkahwin dalam usia yang amat muda. Tinggal menyewa bersama 3 orang anak yang lain yang masih bersekolah dengan kadar sewa RM480. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018-2680966. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-009]
BT 10 CHERAS, 22 Mei 2018 - En. Azhar Abdul Aziz menghidap sakit usus dan tidak boleh bekerja berat. Beliau kini bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isteri beliau, Pn. Haslina Ambong menjual baju terpakai untuk menambah pendapatan. Pasangan ini bersama 6 orang anak yang masih bersekolah tinggal di rumah kecil di pinggir kawasan kilang dengan sewa bulanan RM700. Beliau juga ada menerima bantuan persekolahan untuk anak-anak daripada zakat. En. Azhar boleh dihubungi di 010-9019051. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-011]
BT 9 CHERAS, 22 Mei 2018 - En. Salim Dahlan, seorang bapa tunggal kematian isteri bekerja sebagai jurugegas (freelance runner) untuk menampung pendapatan keluarga. Tinggal menumpang di rumah peninggalan keluarga isterinya bersama 3 orang anaknya. Anak sulung beliau tidak meneruskan persekolahan manakala 2 orang lagi masih bersekolah. Beliau sendiri tidak boleh bekerja berat kerana akan mengalami semput. Beliau menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM250. En. Salim boleh dihubungi di talian 011-24316117. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-013]
BERANANG, 16 Mei 2018 - Pn. Musrafizah Mustafa Hilmi, seorang ibu tunggal, mengusahakan makanan sejuk beku (frozen food) seperti karipap, roti canai dan sebagainya dengan purata pendapatan RM500 sebulan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Beliau juga menerima zakat dan 5 orang anaknya masih belajar di mana yang sulung sedang menunggu keputusan UPU. Pn. Musrafizah boleh dihubungi di talian 012-3404522. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Rohayah Abdullah telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-014]
BT 14 CHERAS, 22 Mei 2018 - Pn. Normah Mohd adalah seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai kerja tetap dan terputus sumber pendapatan tetap selepas suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi meninggal dunia. Beliau pernah bekerja sebagai pembantu am pejabat. Kini beliau sekeluarga bergantung kepada bantuan zakat sebanyak RM500 sebulan. Tinggal menyewa dengan sewa RM400 sebulan di Pangsapuri Taman Pinggiran Delima bersama 5 orang anaknya yang masih bersekolah, dan ibu beliau turut tinggal bersama. Pn. Normah boleh dihubungi di talian 013-2950679. Sumbangan SKR 2018 oleh En Vernon Vincent Sta Maria telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-015]
SEMENYIH, 15 Mei 2018 - En. Sharuddin Japar bekerja sebagai seorang buruh dengan gaji tidak tetap, paling tinggi RM1,200. Isteri beliau, Pn. Norpahanum pula tidak bekerja. Keluarga ini tinggal menyewa di Pangsapuri Seri Rinching dengan sewa RM400 sebulan. Keluarga ini merupakan penerima bantuan persekolahan daripada Lembaga Zakat. Pasangan ini mempunyai 6 orang anak, di mana 4 orang masih bersekolah. En. Sharuddin boleh dihubungi di talian 017-3312182. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg. Dato' Abdul Samad Maharuddin telah disampaikan oleh Audi Faliq Ibrahim (YBK). [AF-SGR-017]
BDR TUN RAZAK (CHERAS), 30 Mei 2018 – Pn. Rosmawati Dulghapar menyara keluarganya dengan bekerja sebagai pembantu pasaraya di TESCO berhampiran kediamannya. Dengan pendapatan sebanyak RM700 sebulan, beliau bekerja secara ‘shift’ dan kebiasaannya mengambil sesi sebelah petang hingga malam kerana perlu menguruskan hal anak-anak pada sebelah siangnya. Berulang-alik daripada kediaman ke tempat kerja dengan dihantar oleh anak sulung beliau dengan menunggang motosikal. Pn. Rosmawati sendiri menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat secara berterusan. Tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi, kediaman yang diduduki asalnya disewa beli namun kini telah selesai dibayar penuh. 4 orang anak beliau masih belajar dan yang bongsu berusia 2 tahun. Pn. Rosmawati boleh dihubungi di talian 012-6523764.