- Hit: 1342
SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 15 buah keluarga di kawasan Rawang, Batang Kali, Tasik Puteri, Kundang, dan Sungai Buloh telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Dato' Hj Bing Selamat Amir, ALPA YBK telah turut sama menyerahkan sumbangan kepada beberapa keluarga, dan penyerahan turut dibantu oleh para sukarelawan YBK yang lain. Keluarga yang menerima adalah;
KUNDANG, 15 Mei 2018 - Azizah bt Kasran telah berpisah dengan suami 3 tahun yang lalu. Kini dengan pendapatan RM800 beliau menjaga 4 orang anak yang masih belajar serta bersekolah yang berumur di antara 19 tahun hingga 9 tahun. Dengan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan akibat dari perpisahan beliau hanya mampu berdoa supaya ada cahaya kegembiraan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-3628469. Sumbangan SKR 2018 oleh Mohd Roshaimi Mat Rasid telah di sampaikan oleh Puan Rashidah (Sukarelawan YBK). [AI-SGR-005]
BESTARI JAYA, 22 Mei 2018 - Keluarga En Jamil dan Pn Faridah Jaafar tinggal di Taman Seri Indah, Bestari Jaya. En Jamil bekerja sebagai buruh di kilang papan dengan pendapatan sekitar RM700-RM1000 sebulan. Keluarga ini tidak mempunyai masalah kesihatan. En Jamil dan Pn Faridah mempunyai 1 anak serta 2 cucu dibawah jagaannya yang bersekolah. Kedua-dua cucu ini merupakan anak yatim piatu dan menumpang kasih keluarga ini sejak kehilangan kedua-dua ibubapanya. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-2776400. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Asuad Ismail (YBK). [AI-SGR-008]
BATANG KALI, 17 Mei 2018 - Puan Rohaya telah berpisah dan kini menjaga 5 orang anak yang masih belajar dan bersekolah diantara 21 tahun hingga 11 tahun. Kini Pn Rohaya bekerja sebagai pembantu am pembersihan di SK Batang Kali dengan pendapatan RM800 sebulan. Dengan pendapatan inilah beliau menanggung anak-anaknya yang belajar di KUIS, UniSEL serta sekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010-3855137. Sumbangan SKR 2018 oleh Mohd Roshaimi Mat Rasid telah di sampaikan oleh Puan Noorsham Mahmood (Sukarelawan YBK). [AI-SGR-013]
BUKIT SENTOSA, 16 Mei 2018 - Keluarga En Norazman dan Pn Zamzarina yang tinggal menyewa di apartment Seri Inai. Mempunyai tujuh orang anak yang berumur diantara 2 tahun sehingga 17 tahun yang mana salah seorang anak keluarga ini tinggal di Asrama YBK Serendah. En Norazman kini mempunyai masalah kesihatan dimana tekanan darah tinggi adakalanya menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan di hospital berhampiran. Pn Zamzarina bersyukur serta mengucapkan terima kasih kepada penyumbang program SKR ini kerana membantu meringankan beban keluarga ini bagi menghadapi Ramadhan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-6577254. [AI-SGR-013]
ULU YAM BARU, 16 Mei 2018 - Tinggal menyewa RM400, Puan Norashikin Hayat merupakan ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak berumur diantara 17 tahun hingga 2 tahun. Keluarga ini hilang tempat bergantung 2 tahun yang lalu. Bergantung sepenuhnya daripada bantuan JKM dan Zakat berjumlah RM800 sebulan. Selain daripada jiran sekeliling rumah turut membantu menyumbang makanan serta pakaian. Anak sulung keluarga ini Siti Aishah dikesan mempunyai radang buah pinggang dan kini masih menerima rawatan berterusan daripada Hospital Selayang. Keluarga ini boleh dihubungi YBK di talian 0378750036. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Asuad Ismail (YBK). [AI-SGR-016]
KUANG, 15 Mei 2018 - En Khairullah dan Pn Sabarina mempunyai 5 orang anak diantara 11 tahun hingga 2 tahun. Dengan pendapatan RM1200 sebulan keluarga ini masih belum mampu stabil daripada segi ekonomi. Pn Sabarina yang menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menjaga serta mengurus anak-anak. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-14423617. Sumbangan SKR 2018 oleh En Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Asuad Ismail (YBK). [AI-SGR-017]
RAWANG, 16 Mei 2018 - Melawat keluarga En Sani dan Pn Jusniar di Kg Rajah, Rawang. 3 orang anak En Sani turut tinggal di rumah ini. Rumah ini baru dibersihkan setelah banjir kilat 3 hari yang lalu menyebabkan beberapa tempat di dalam rumah terpaksa dipindahkan ke kawasan yang kering. Keluarga ini bergantung kepada pendapatan RM600 melalui aktiviti mengasuh 3 orang kanak-kanak. Pada masa ini En Sani dan Pn Jusniar mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan jantung. Perlu mendapatkan rawatan secara berkala daripada Hospital Selayang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016-2521774. Sumbangan SKR 2018 oleh dan Datin Tisah Taha dan Dato Bing Selamat Amir telah di sampaikan sendiri oleh beliau. [AI-SGR-018]
RAWANG, 16 Mei 2018 - Menyampaikan SKR kepada keluarga En Adam dan Pn Norinnor yang tinggal menyewa di Kg Melayu, Rawang. Keluarga ini mempunyai 5 orang anak diantara 14 tahun hingga 8 bulan. 3 daripadanya masih bersekolah. Keluarga ini berniaga nasi lemak dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 01123108818. Sumbangan SKR 2018 oleh Pn Norhuda Syed Abdul Kadir, Cik Shara Nadya Idris, Pn Che Leng Che Man, Pn Juwita Ridawi, Pn Suzana Akmam Selamat dan Hamba Allah telah di samapaikan oleh Dato Hj Bing Selamat Amir (ALPA YBK). [AI-SGR-019]
RAWANG, 16 Mei 2018 - Bersama ALPA YBK, Dato Bing Selamat Amir serta isteri Datin Tisah menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga En Mohamad dan Pn Siti Aminah. Keluarga ini tinggal Kg Kenanga, Rawang. En Mohamad bergantung sepenuhnya kepada bantuan Zakat sebanyak RM250 setiap bulan. Ini kerana En Mohamad serta isteri menghadapi masalah kesihatan kronik bagi diabetis, darah tinggi serta jantung. Selain itu adik Pn Siti Aminah turut tinggal bersama dan juga mempunyai masalah buah pinggang dan perlu dialisis 3 kali seminggu. Keluarga ini boleh dihubungi melalui YBK 0378750036. Sumbangan SKR 2018 oleh Tn Hj Mohammad bin Dit dan Pn Noraini Ismail telah di sampaikan oleh Dato Hj Bing Selamat Amir (ALPA YBK). [AI-SGR-020]
BESTARI JAYA, 22 Mei 2018 - Siti Rohani bt Dahuri merupakan ibu tunggal yang menjaga 3 orang anak yang masih belajar dan bersekolah. Setelah kematian suaminya setahun yang lalu, beliau kini membuka gerai nasi lemak dengan purata pendapatan sekitar RM600 sebulan. Siti Rohani juga mendapat bimbingan daripada beberapa agensi kerajaan untuk belajar serta mencari peluang perniagaan. Setelah 6 bulan berniaga kecil-kecilan ini, beliau masih lagi membina kekuatan bagi mencari pendapatan harian yang stabil. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-3770072. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Asuad Ismail (YBK). [AI-SGR-021]
BESTARI JAYA, 22 Mei 2018 - Melawat keluarga Shobaruddin dan Pn Aisyah di Taman Muhibbah, Bestari Jaya. Keluarga ini mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Anak bongsu bagi keluarga ini, mendapat pendidikan di PDK berhampiran kerana anak istimewa ini perlu berdikari satu masa nanti. En Shobaruddin bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan. Pelbagai kerja dilakukan bagi mendapatkan razeki yang halal. Pusat zakat turut membantu keluarga ini dalam bayaran sewa rumah. Selain itu beliau juga perlu mendapatkan rawatan secara berkala untuk rawatan diabetis, darah tinggi serta kolestrol. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-2199291. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Asuad Ismail (YBK). [AI-SGR-022]
BESTARI JAYA, 22 Mei 2018 - Pn Norazizah Abu Bakar kehilangan suami kira-kira 2 tahun yang lalu. Pn Norazizah membuat kuih dan meletakkannya untuk jualan di kedai dan kantin sekolah yang berhampiran rumahnya. Melalui jualan kuih-muih ini beliau memperolehi pendapatan sekitar RM600 sebulan. 2 orang anaknya masih lagi bersekolah. Selain daripada itu rumah sewa keluarga ini turut dibayar oleh Pusat Zakat sejak setahun yang lalu. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-4008765. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Asuad Ismail (YBK). [AI-SGR-023]
BATANG KALI, 23 Mei 2018 - Kehilangan suami 2 tahun yang lalu semasa mengandung anak bongsu. Pn Gustinar mempunyai 4 orang anak berumur antara 14 hingga 1 tahun. 3 daripada anak ini telah bersekolah. Pendapatan utama Pn Gustinar melalui penjualan kuih muih pada waktu pagi sekitar RM 400 sebulan. Selain daripada Pn Gustinar turut menerima bantuan zakat RM350 sebulan. Kini Pn Gustinar masih lagi dalam proses penyelesaian harta peninggalan arwah suaminya. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-9076641. Sumbangan SKR 2018 oleh Hikmah Cantik Sdn Bhd telah disampaikan oleh Pn Noorsham Mahmud (Sukarelawan YBK). [AI-SGR-024]
BATANG KALI, 23 Mei 2018 - Keluarga En Huseini dan Pn Hamidah tinggal menyewa di Kg Sekolah, Batang Kali. Mempunyai 6 anak yang masih bersekolah diantara umur 18 tahun hingga 8 tahun. 2 orang anaknya tinggal bersekolah diasrama yang diuruskan oleh pihak zakat. Pendapatan bulanan En Huseini secara puratanya RM600 bagi jualan gerai air minuman. Tetapi pada bulan ramadhan ini, beliau tidak boleh berniaga kerana luka diabetis pada kakinya masih tidak sembuh.Oleh itu keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan zakat RM600 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016-6175423. [AI-SGR-025]
BUKIT SENTOSA, 23 Mei 2018 - Ketika kami hadir keluarga Pn Azma Nura masih lagi bersedih kerana kehilangan ketua keluarga En Mustafa 4 hari yang lalu. Kini tanggungjawab keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada Pn Azma kerana 5 orang anaknya masih lagi belajar dan bersekolah. Pn Azma menjaga kanak-kanak dirumahnya dengan pendapatan RM 600 sebulan. Buat masa ini dia sedang memikirkan keputusan terbaik untuk keluarga selepas kehilangan suaminya. Rumah yang diduduki sekarang ini disewa RM400 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-616 7903. [AI-SGR-026]