SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 9 buah keluarga di kawasan Gombak, Batu Muda dan Selayang telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, telah menyerahkan sendiri sumbangan kepada para penerima. Keluarga yang menerima adalah;

SELAYANG, 16 Mei 2018 - Keluarga En Amir Hamzah B Dahlan bersama isteri, Pn.Salina Johan bersama 5 orang tinggal dirumah peninggalan arwah ibu angkatnya. En Amir mengalami kemalangan menyebabkan beliau tidak dapat bekerja berat dan tiada pendapatan tetap.Pn Salina terpaksa bekerja demi mencari nafkah menyara anak anak. 3 dari 5 anak mereka masih bersekolah. Bantuan dari JKM berjumlah RM300 sebulan dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini. Keluarga ini boleh dihubungi melalui mantan JKKP Selayang Baharu, En Jaafar 013-2065050. Sumbangan SKR 2018 oleh En Mohd Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK). [BM-SGR-002]

SELAYANG, 16 Mei 2018 - Keluarga En Mohd Syawal Goh Abdullah menyewa dirumah ini sejak 15 tahun yang lalu. En Mohd Syawal  dahulu menguruskan gerai buah-buahan namun kini tidak lagi mampu bekerja kerana penyakit kanser otak yang dialaminya sejak 5 tahun yang lalu.Mempunyai 3 orang anak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun, semuanya masih bersekolah. Kesempitan hidup yang dialami keluarga ini kerana tiada pendapatan mencukupi menyara anak-anak yang bersekolah, hanya berharapkan bantuan JKM sebanyak RM250 sebulan. Sumbangan diserahkan kepada anak beliau kerana beliau sedang menerima rawatan di hospital. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-23409116. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Alia Moreta telah disampaikan oleh Tn Hj Basharuddin Moh Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK). [BM-SGR-004]

BT MUDA (KUALA LUMPUR), 16 Mei 2018 - Pn Roszitah Bt Kairoman isteri kepada Azhura Abd Aziz mengalami sakit jantung namun berniaga kecil-kecilan bagi menambah rezeki. Suami bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sahaja sebulan. Pendapatan ini memang tidak mencukupi menyara 3 orang anak yang mana 2 darinya belajar disekolah khas. Tinggal menyewa di PPR Batu Muda. Pn Roszitah boleh dihubungi di talian 012-2457069. Sumbangan SKR 2018 oleh En Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK). [BM-SGR-006]

GOMBAK, 16 Mei 2018 - Pn Roslizawati Mohd Saad isteri kepada Azhar Ahmad mengidap penyakit SLE menyebabkan kesihatan bertambah merosot dan tidak dapat bekerja membantu suami bagi menambah pendapatan. Suami bekerja disebuah hotel dengan pendapatan RM1,600 pula berpenyakit batu karang. Anak-anak mereka berumur 7 tahun hingga 15 kesemuanya masih bersekolah. Tinggal setinggan di Kg Desa Mukmin dengan bekalan air telaga sebagai kegunaan harian. Keluarga ini boleh dihubungi 011-51152588. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Sawiah Sarkam dan Puan Norin  telah disampaikan oleh Tn Hj Basharuddin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK). [BM-SGR-008]

GOMBAK, 15 Mei 2018 – Pn. Wan Nor Asiah Wan Ibrahim adalah seorang ibu tunggal bekerja di sebuah kilang pakaian mempunyai 5 orang anak berumur 5 tahun hingga 20 tahun. Pendapatan sekitar RM1,000 memang tidak mencukupi utk menyara anak seramai itu. Pn Wan Nor Asiah boleh dihubungi di talian 017-9132420. Sumbangan SKR 2018 oleh Institut Perkembangan Minda INMIND telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Tuan Hj Basharuddin Mohd Noor. [BM-SGR-009]

GOMBAK, 15 Mei 2018 - Pn Noor Hayati Bt Mohd merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah sekolah. Beliau mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Mempunyai 6 orang anak berumur 11 tahun hingga 20 tahun, kesemuanya masih bersekolah, 2 daripadanya di sekolah khas kanak-kanak mengidap sawan, jantung dan hiperaktif. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-32359883. Sumbangan SKR 2018 oleh Institut Perkembangan Minda INMIND telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor. [BM-SGR-010]

GOMBAK, 16 Mei 2018 - En Razali Mohd Rais kerja mengambil upah menggali kubur dan melakukan apa sahaja kerja demi meraih pendapatan bagi menyara 6 orang anak yang berumur 6 th -15 th. Pendapatan yang tidak menentu amat sukar bagi beliau menyara dan membesarkan anak anaknya. Tinggal pun menumpang dirumah emaknya sebuah rumah sumbangan Pusat Zakat Selangor. Beliau baru sahaja menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dibelah kanan mata. En Razali boleh dihubungi di talian 017-2493593. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK). [BM-SGR-012]

GOMBAK, 16 Mei 2018 - En Mustafa Saad, 67th, lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu kini hanya berbaring dan keperluan makanan  pun melalui tiub sahaja. Tidak mampu lagi bergerak dan bercakap. Isteri yang dahulu bekerja tidak lagi dapat mencari nafkah kerana menjaga suami yang terlantar sakit. Pendapatan hanya kepada anak sulung yang bekerja sementara sebagai pegawai keselamatan. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak dimana 5 darinya masih bersekolah. Ada kalanya ada anak yang tidak dapat kesekolah kerana tiada belanja. Sumbangan SKR diserahkan kpd isteri beliau, Pn Araya. Beliau boleh dihubungi di talian 017-6254462. Sumbangan SKR 2018 oleh En Mohd Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK). [BM-SGR-014]

SELAYANG, 16 Mei 2018 - Pn Azian Talib, seorang ibu tunggal mengalami penyakit darah tinggi, rabun mata dan pendengaran.Tidak mempunyai sumber pendapatan hanya mengharapkan pemberian anak yang tidak seberapa. 2 dari 4 orang anak bekerja sementara dan 2 lagi tidak mempunyai apa apa pekerja. Keluarga ini tinggal dirumah peninggalan emak Pn Azian. Tiada menerima mana bantuan kecuali pusat zakat yang memberi sumbangan tahunan kepada beliau. Keluarga ini boleh dihubungi melalui En Jaafar di talian 013-2065050. Sumbangan SKR 2018 oleh En Mohd Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Ketua Pegawai Eksekutif YBK).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;