SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 13 buah keluarga di kawasan Rantau Panjang, Klang telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Penyerahan sumbangan di kawasan ini dilaksanakan oleh Alia Zam dan Rosmaiza Mohd. Keluarga yang menerima adalah;

RANTAU PANJANG (KLANG), 15 Mei 2018 - Puan Hamilizah Abdul Majid menyara 4 orang yang masih belajar sebagai pengasuh dengan pendapatan lebih kurang 600 sebulan. Setelah berpisah dengan bekas suami 16 tahun yang lalu beliau bersama anak-anak menetap di rumah yang dibina di tanah pusaka ibunya di Jalan Genting, Rantau Panjang. Dua orang anaknya belajar di IPTS manakala 2 orang lagi bersekolah di SMK Rantau Panjang dan SK Rantau Panjang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 0122537261. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Samsiah Mohd Dom telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohammad (YBK). [AZ-SGR-002]

RANTAU PANJANG (KLANG), 15 Mei 2018 -  Puan Maimon Harun tetap tabah menjalani kehidupan bersama 4 orang anaknya setelah kematian suami 3 tahun yang lalu. Mencari rezeki dengan hasil jualan tempahan kuih dari orang ramai  beliau masih mampu menyekolahkan anak-anaknya walaupun dengan pendapatan yang tidak menentu. Beliau dibantu oleh  anak sulungnya yang telah bekerja di kawasan tersebut cukuplah bagi menampung keperluan mereka sekeluarga. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-2843581. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Samsiah Mohd Dom telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohammad (YBK). [AZ-SGR-002]

RANTAU PANJANG (KLANG), 21 Mei 2018 – En. Zamri Mohd Harun, bapa kepada 6 orang anak yang masih belajar ini hanya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu am berpendapatan lebih kurang RM900.00 sahaja. Isteri beliau Pn Ani Alias mengidap penyakit kanser usus dan menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Keluarga ini menyewa rumah di Batu 3 1/2 Rantau Panjang  dengan kadar RM300.00 namun sewa rumah dibayar oleh pihak zakat. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato' Mahamad Fathil Dato' Mahmood telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohammad (YBK) kepada isteri beliau dan mereka boleh dihubungi ditalian 018-3960357. [AZ-SGR-004]

RANTAU PANJANG (KLANG), 16 Mei 2018 - Seorang nenek terpaksa menjaga 8 orang cucu yang mana 6 orang masih bersekolah gara-gara berlaku penceraian antara kedua ibu bapa anak-anak ini dan akibatnya beliau terpaksa mengalas tanggungjawab menjaga mereka setelah pasangan tersebut membawa haluan masing-masing. Beliau dan suami tidak lagi bekerja dan hanya bergantung harap kepada sumbangan seorang anak dan seorang cucunya  yang telah bekerja. Hanya mendapat bantuan bekalan makanan yang disediakan oleh pihak zakat berjumlah RM80.00 sebulan. Boleh menghubungi pegawai YBK ditalian 03 78750036 kerana mak cik Maimon tidak mempunyai telefon untuk dihubungi. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Rokiah Abu Bakar telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [AZ-SGR-005]

RANTAU PANJANG (KLANG), 16 Mei 2018 - Beliau terpaksa bekerja menjaga ibu kepada majikannya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebulan. Dengan pendapatan ini beliau menyara keluarga ini setelah suaminya menghidap penyakit usus. Enam daripada 9 anaknya masih bersekolah. Beliau hanya mendapat bantuan dari pihak zakat untuk membayar sewa rumah dan bantuan awal persekolahan untuk anak-anaknya. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 0172633807. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Mazratul Istirfarah dan Puan Juwita Ridawi telah disampaikan oleh Alia Zam (YBK). [AZ-SGR-006]

KG JAWA (KLANG), 15 Mei 2018 - Kesukaran keluarga En Abdul Majid Mohd Amin dan isteri berlaku apabila beliau tidak dapat lagi bekerja akibat daripada kedua belah kakinya tidak kuat untuk bergerak. Hanya bersandarkan pendapatan daripada pihak  Zakat  (RM600) dan bantuan OKU daripada JKM (RM400) inilah sahaja yang menampung beliau isteri dan 5 orang anaknya yang masih bersekolah. Kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah, beliau nekad berpindah ke rumah ibu yang diduduki bersama 14 orang. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 0163066692. Sumbangan SKR 2018 oleh Institut Perkembangan Minda INMIND telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohammad (YBK). [AZ-SGR-008]

KG SG PINANG (KLANG), 15 Mei 2018 - Berniaga secara kecil-kecilan di Tanjung Harapan Klang bersama suami (OKU) dengan anggaran RM500 sebulan bagi menyara 7 orang anak yang masih belajar. Namun beliau mendapat bantuan daripada PERKESO dan bantuan sekolah dari pihak Zakat bagi meringankan beban keluarga ini.  Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 01128019119. Sumbangan SKR 2018 oleh Pejabat FAMA Negeri Selangor telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohd (YBK). [AZ-SGR-009]

RANTAU PANJANG (KLANG), 15 Mei 2018 - Hasil menjual kuih yang tidak seberapa dan bantuan PERKESO, Fauziyas menyara 3 orang anak yang masih bersekolah setelah suaminya meninggal dunia. Dengan bantuan 2 orang adiknya, mereka menyewa di sebuah rumah di Jalan Rantau Panjang dengan bayaran RM350 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-6816858. Sumbangan SKR 2018 oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan disampaikan oleh Rosmaiza Mohd (YBK). [AZ-SGR-010]

RANTAU PANJANG (KLANG), 21 Mei 2018 - Pernah mendapat hasil jualan daripada menjual ikan kepada peraih sebanyak RM160.00 sebulan. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Mohd Isa Kadar yang mencari rezeki sebagai nelayan di Rantau Panjang. Hasil pendapatan yang tidak menentu inilah beliau menyara  5 orang anak yang masih belajar. Menerima bantuan zakat untuk hari perayaan dan awal persekolahan sahaja. Bagaimanapun pihak zakat telah membina rumah untuk beliau sekeluarga di Lorong Haji Othman Rantau Panjang. Beliau dan isteri Pn Aisyah Abdul Muis terpaksa mencari pendapatan tambahan dengan membuat kuih muih mengikut tempahan masyarakat setempat. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 011-1755 8010. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Mahamad Fathil Dato' Mahmood telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohamad (YBK). [AZ-SGR-011]

KG PANDAN (KLANG), 15 Mei 2018 - Membesarkan anak-anak tanpa suami disisi  tidak mematahkan semangat Puan Azlina Mokhtar mencari rezeki untuk menyekolahkan 8 orang anaknya. Kematian suami setahun yang lalu banyak mengajar beliau untuk berdikari dan hasil daripada jualan burger dan bantuan zakat inilah keluarga ini berjimat cermat bagi meneruskan kehidupan mereka. Beliau dan anak-anak tinggal dirumah peninggalan arwah suami di Kg Pandan Klang. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 0163945527.  Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Rodrigue A.H. Fontaine telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohd (YBK). [AZ-SGR-013]

TAMAN NAKHODA KLANG, 16 Mei 2018 - Seorang ibu tunggal yang cekal melawan penyakit kanser payu dara yang dialaminya demi 4 orang anak beliau. Sejak berpisah dengan suami beliau terpaksa bergantung harap dengan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyara keluarga dan perbelanjaan 4 orang anak yang mana 2 lagi masih bersekolah. Beliau bernasib baik apabila masalahnya dapat perhatian dan bantuan daripada pihak zakat dengan membayar sewa rumah yang didudukinya sekarang dan beliau memaklumkan akan ditempatkan di PPR Lembah Subang 2 sedikit masa lagi. Beliau boleh dihubungi di talian 018-6674991. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Rokiah Abu Bakar dan Puan Asiah Abu Bakar disampaikan oleh Rosmaiza Mohd (YBK). [AZ-SGR-014]

KG JAWA (KLANG), 15 Mei 2018 - Nur Azmah mengalami sakit tulang belakang yang hanya bergantung kepada bantuan JKM untuk menyara keluarganya setelah berpisah dengan bekas suami. Beliau tidak dapat bekerja disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi ini menyukarkan beliau menyara 3 orang anak dimana 2 orang masih bersekolah. Beliau mendapat bantuan dari Zakat untuk membayar sewa rumah. Beliau juga tepaksa memberi tumpuan kepada 2 orang anaknya dimana salah seorang menghidap enzima kronik dan seorang lagi menghadapi masalah pembelajaran. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018-6670991. Sumbangan SKR 2018 oleh FAMA Negeri Selangor telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohd (YBK). [AZ-SGR-015]

RANTAU PANJANG (KLANG), 21 Mei 2018 - Ibu tunggal kepada 5 orang anak setelah suami meninggal dunia  2 tahun lepas terpaksa bergantung kepada anak sulung untuk menyara mereka sekeluarga. Anak sulung beliau bekerja di kedai makan dengan.dibayar gaji sebanyak RM700.00. Namun begitu keluarga ini tidak pernah menyalahkan takdir diatas kesusahan yang dialami. Mujurlah arwah suami meninggalkan sebuah rumah untuk mereka berlindung di Jalan Kapar Klang. Atas sebab-sebab tertentu keluarga ini hanya boleh dihubungi melalui pegawai YBK sendiri. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Mahamad Fathil Dato' Mahmood telah disampaikan oleh Rosmaiza Mohamad (YBK). [AZ-SGR-016]

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;