- Hit: 1694
SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 19 buah keluarga di kawasan Kg Bukit Changgang, Tanjung Sepat dan Telok Panglima Garang telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Penyerahan di kawasan ini dilaksanakan oleh Rozita Arbain dan turut dibantu oleh Tn. Hj. Arman Hj. Saeman dan Pn. Norlida Parjoh, sukarelawan YBK. Keluarga yang menerima adalah;
KG KUNDANG, 16 Mei 2018 - Menetap di Kg Kundang dengan bantuan rumah dari Pusat Zakat, En Norzemi dan isteri Pn Rosnani tinggal bersama 7 orang anak yang masih bersekolah dan 3 daripadanya menghidap talasemia. Bekerja mengambil upah membaiki rumah orang kampung dengan pendapatan RM1200. Keluarga ini juga mendapat bantuan JKM berjumlah RM250 sebulan bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 013-3961594. Sumbangan SKR 2018 oleh En Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tn Hj Arman bin Hj Saeman (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-001]
SIJANGKANG, 22 Mei 2018 - Pn. Nor Hapizam bt Mohamad seorang ibu tunggal yang mempunyai anak seramai 4 orang dimana kesemua anak-anak beliau masih lagi belajar berumur 8 tahun sehingga 18 tahun. Anak beliau yang sulung sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran. Pn. Nor Hapizam menyara keluarganya dengan mengambil upah mengasuh anak jiran-jiran dengan purata sebulan sebanyak RM800.00. Kediaman yang didiami berstatus sewaan dan setiap bulan Pn. Nor Hapizam dikehendaki membayar sebanyak RM350.00. Tambahan lagi, anak-anak beliau turut mendapat bantuan pakaian persekolahan daripada Pusat Zakat Selangor. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-6058533. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hassan (YBK). [RA-SGR-005]
TELUK PANGLIMA GARANG, 21 Mei 2018 - Cik Hani Hathira binti Hanapi kakak sulung kepada 4 orang adik yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa setelah pemergian kedua ibu bapa mereka pada tahun 2015 dan 2016. Hani Hathira yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teater itu kini berkerja sebagai pembantu jualan di pasaraya GM Klang di sekitar rumahnya supaya mudah untuk mengulang-alik bagi menguruskan persekolahan adik-adiknya. Beliau juga pernah menerima tawaran kerja di Istana Budaya dan telah menolak tawaran tersebut kerana kurang berkemampuan untuk menanggung kos pemindahan, deposit rumah dan masa yang kurang untuk menguruskan proses pemindahan persekolahan adik-adiknya. Sehingga kini beliau menerima bantuan dari pihak zakat sebanyak RM 350.00 sebulan. Beliau bersama adik-adiknya baru berpindah ke rumah sewa yang baru atas bantuan PIBG Sekolah Sijangkang Jaya dengan sewaan rumah sebanyak RM 350.00 sebulan. Rumah yang asalnya disewakan dengan kos RM 550.00 sebulan itu dikurangkan kepada RM 350.00 sebulan selepas pihak PIBG sekolah mengadakan perbincangan secara terus dengan pemiliknya. Tujuan pemindahan adalah bagi memudahkan adik-adiknya pergi ke sekolah dengan jarak sekolah kurang daripada 500 meter. Adik-adiknya berumur di antara 12 tahun, 13 dan 15 tahun yang masih sekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-9342633. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RA-SGR-006]
SIJANGKANG, 21 Mei 2018 - En. Mohamad Nazib b. Mohd Kormid seorang peniaga Kedai Kopi secara kecil-kecilan di hadapan rumah beliau dengan pendapatan sebanyak RM450 sebulan. En. Nazib juga mengalami stroke sebelah badan disebabkan oleh beberapa lagi penyakit yang dihidapinya seperti kencing manis dan darah tinggi. Isteri beliau Pn. Nor Sihaan bt Ambiah turut membantu beliau di gerai. Selain itu, keluarga ini juga menerima bantuan daripada pihak zakat sebanyak RM350 sebulan serta bantuan makanan asas. En. Nazib juga mempunyai anak seramai 5 orang berumur 2 tahun sehingga 16 tahun yang mana anak-anak beliau masih lagi bersekolah, selain itu beliau juga menjaga bapa beliau yang sedang uzur. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 0173757646. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RA-SGR-007]
TELOK PANGLIMA GARANG, 21 Mei 2018 - Pn. Rohana bt Mohd Gafar seorang ibu tunggal setelah bercerai selama 4 tahun dengan bekas suaminya. Beliau menyara keluarganya dengan pendapatan sebanyak RM500.00 sebulan hasil daripada menjahit pakaian dan menjaga anak orang. Beliau mempunyai 6 orang anak yang berumur 4 tahun sehingga 23 tahun. Kesemua anak-anak beliau masih lagi bersekolah dan yang sulung pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang menjalani latihan industri sebelum berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Beliau mendapat bantuan dari pusat zakat sebanyak RM500.00 sebulan sebagai tambahan menampung perbelanjaan keluarganya. Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019-2133147. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RA-SGR-009]
SIJANGKANG, 22 Mei 2018 - Pn. Siti Harlina bt. M. Suwardi seorang ibu tunggal kepada 5 orang anak yang berumur di antara 14 tahun sehingga 24 tahun. Pn. Harlina melakukan pekerjaan sendiri dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600 sebulan. Pn. Harlina juga menerima bantuan pusat zakat bagi menampung perbelanjaan bulanan keluarga beliau. Anak sulungnya yang terpanggil untuk meringankan beban ibunya kini bekerja sebagai anggota yang mana sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan adik-adiknya yang masih bersekolah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-2696426. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hassan (YBK). [RA-SGR-010]
SIJANGKANG, 21 Mei 2018 - Cik Nurul Zulaika binti Zainudin seorang gadis yang kini menyara adik beradik beliau setelah pemergian kedua orang tuanya. Ibunya menghidap penyakit kanser saraf itu telah meninggalkan kesemua cahaya matanya pada tahun 2013 dan setahun selepas itu ayahnya pula meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Cik Zulaika terpaksa menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak RM900 sebulan hasil daripada membantu di kedai jahit setempat. Beliau mempunyai 4 orang adik yang berumur di antara 14 tahun sehingga 22 tahun. Adik pertama beliau bernama Muhammad Shafiq adalah seorang anak kelainan upaya (Syndrome Down) yang memerlukan perhatian dan jagaan yang lebih. Selain itu, 2 orang adiknya masih lagi bersekolah dan seorang lagi menunggu peluang bagi menyambung pelajaran. Adik keduanya yang berumur 18 tahun itu juga mengambil upah secara sambilan di sebuah kedai runcit di sekitar rumahnya bagi membantu kakaknya menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Kediaman yang didiami adalah rumah bantuan daripada pusat zakat. Keluarga ini turut mendapat bantuan bulanan daripada pusat zakat sebanyak RM400. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-2630045. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Syed Omar bin Syed Ahmad telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RA-SGR-011]
SIJANGKANG, 22 Mei 2018 - En. Anuar bin Ishak bekerja sebagai pemotong rumput dengan hasil pendapatan yang tidak menentu. Isteri beliau bekerja sebagai seorang pembantu taska manakala anak pertama beliau bekerja sebagai guru sambilan di pusat tahfiz di sekitar rumahnya bagi membantu suami dan bapanya menampung perbelanjaan harian keluarga mereka. Kediaman yang didiami berstatus sewa dan memerlukan En. Anuar untuk membayar komitmen bulanan sebanyak RM 350.00. En. Anuar mempunyai 6 orang anak berumur di antara 10 tahun hingga 20 tahun. Anak-anak beliau yang masih bersekolah mendapat bantuan daripada pusat zakat iaitu bantuan pakaian sekolah setiap awal tahun. Keluarga ini boleh di hubungi di talian 011-15737879. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Syed Omar bin Syed Ahmad telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hassan (YBK). [RA-SGR-013]
KG MEDAN, 21 Mei 2018 - Halil bin Sudin @ Udin bersama isteri Shamsilah binti Sirus berniaga kecil-kecilan menjual nasi lemak di hadapan rumah mereka. Hasil yang tidak seberapa ini digunakan bagi menyara kehidupan mereka bersama ibu dan ayah yang uzur dan 2 orang anak yang bersekolah menengah. Tidak mendapat sebarang bantuan dari pusat zakat atau JKM. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-3699245. Sumbangan SKR 2018 oleh Hikmah Cantik Sdn Bhd telah disampaikan oleh Rozita Arbain (YBK). [RA-SGR-019]
KG JENJAROM, 21 Mei 2018 - En. Shamsul Bahri Sabit seorang peniaga kecil-kecilan hasil dari bercucuk tanam kampong yang dijual di sekitar Kampung Jenjarom, Banting. Oleh kerana pendapatan yang tidak menentu menyebabkan beliau terpaksa mencari cara lain bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarga beliau. Beliau yang kini berumur 51 tahun menyara 6 orang anak yang masih lagi bersekolah. Anak-anaknya berumur di antara 5 tahun sehingga 16 tahun. Isteri beliau Pn. Noraini berumur 40 tahun seorang suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak beliau yang masih kecil. Keluarga ini tidak mendapat mana-mana bantuan dari mana-mana pihak. Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019-6415591. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RA-SGR-021]
KG KEBUN BAHARU, 21 Mei 2018 - Mohd Husaini bin Zainudin bekerja mebantu kawan bertukang disekitar kawasan kampung. Isteri Unizan bt Hashim seorang suri rumah yang menguruskan persekolahan 5 orang anak mereka dan seorang anak yg berumur 3 tahun. Menerima bantuan zakat untuk awal persekolahan. Tidak ada bantuan selain dari itu. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-7501901. Sumbangan SKR 2018 oleh Hikmah Cantik Sdn Bhd telah disampaikan oleh Rozita Arbain (YBK). [RA-SGR-022]
KG SG BUAYA (BANTING), 15 Mei 2018 – Bekerja sendiri menerima tempahan masak secara kecil-kecilan. En Azhar bersama isteri Pn Rafidah Abdul Aziz menanggung 9 orang anak yang masih belajar. Tidak menerima sebarang bantuan bulanan sama ada dari JKM atau Pusat Zakat. Rumah dibina sendiri diatas tanah pusaka. Anak sulung berumur 23 tahun kini sedang melanjutkan pelajaran di UNISEL, anak ketiga menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir manakala yang lain masing-masing di Sekolah Menengah Agama dan SK Sg. Buaya. Keluarga boleh dihubungi di talian 011-51984874. Sumbangan SKR 2018 oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan disampaikan oleh Pn. Norlida Parjoh (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-023]
KG KEBUN BARU, 24 Mei 2018 – Setelah perniagaan yang diusahakan selama ini mengalami kerugian, Abdul Rahim Awai bersama isteri Jumanah Hj Surip hanya melakukan kerja-kerja kampung bagi menampung kehidupan mereka bersama 4 orang anak. 2 orang anak mereka kini sedang menuntut di IPTA manakala 2 lagi bersekolah menengah. Mereka tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak lantaran merasa malu kerana kehidupan sebelum ini yang agak selesa berbanding sekarang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 0162495391. Sumbangan SKR 2018 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd telah disampaikan oleh Rozita Arbain (YBK). [RA-SGR-024]
KG MEDAN, 21 Mei 2018 – Pn Rozanah binti Hashim, seorang ibu tunggal yang baru saja kehilangan suami awal April yang lalu. Kehidupan mereka 7 sekeluarga kini bergantung hasil berniaga kecil-kecilan menjual air minuman dihadapan rumah. Anak sulung berusia 21 tahun kini masih melanjutkan pelajaran di UPSI, yang kedua masih menuntut di kolej komuniti, 2 lagi adik sedang belajar di sekolah menengah dan 2 lagi di sekolah rendah. Rumah yang mereka sewa dibantu oleh Pusat Zakat sebanyak RM450 sebulan. Pn Rozanah boleh dihubungi di talian 016-2886402. Sumbangan SKR 2018 oleh Encik Vernon Sta Maria dan Saudara Danial Imran Sulaiman Imran telah disampaikan oleh Rozita Arbain (YBK). [RA-SGR-025]
KAMPUNG KUNDANG (BANTING), 15 Mei 2018 - Terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori kerana masalah sakit jantung yang dihidapinya semakin teruk. Dengan bantuan zakat RM500, En. Hairol menyara isteri Pn. Nita bt Zakaria dan 3 orang anak yang masih bersekolah serta seorang anak yang cacat kerana kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan jalanraya 10 tahun yang lalu. Mereka kini tinggal menumpang dirumah ibu En Hairol. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-3089628. Sumbangan SKR 2018 oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND) dan disampaikan oleh Pn. Norlida Parjoh (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-027]
KG KUNDANG, 15 Mei 2018 – Puan Rohana Ahmad adalah seorang ibu tunggal yang meneruskan hidup dengan bantuan PERKESO yang diterima selepas suaminya meninggal dunia. Kini nilai RM800 yang diterima perlu dikongsi demi menyara seorang anak dan 4 cucu yang masih bersekolah setelah kematian menantunya akibat kemalangan jalan raya 2 bulan lepas. Cucu ketiga Pn Rohana pula perlu rawatan berterusan di HKL lantaran masalah sumbing yang dialaminya sejak lahir. Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 012-9807162. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Asiah Abu Bakar, Puan Norhuda Syed Abdul Kadir Alkaff dan Cik Shara Nadya Idris telah disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-028]
KG LABOHAN DAGANG, 15 Mei 2018 - Tinggal di rumah pusaka keluarga, En Mohd Nor seorang belas penagih dadah kini meneruskan hidup dengan bekerja sebagai pembantu kimpalan di bengkel tidak jauh dari rumah. Dengan pendapatan sebanyak RM600 sebulan beliau tekad meninggalkan sejarah hitam dalam hidup dan kini bersama isteri Pn. Misnura bt Nor seorang warganegara Thailand membesarkan 2 orang anak yg masih bersekolah rendah dan seorang anak kecil berusia 2 tahun. Keluarga ini bole dihubungi di talian 016-9059502. Sumbangan SKR 2018 oleh Puan Rosnah Ssndib dan Puan Rokiah Abu Bakar telah disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-029]
TG SEPAT, 16 Mei 2018 - Menjalani kehidupan harian tanpa bekalan elektrik lantaran rumah dibina diatas tanah TOL (Temporary Occupation Licence). Disinilah Pn Norbaiti bersama suami En Saiful Nizam bin Maliki yang bekerja membaiki enjin bot nelayan di kawasan pantai Tanjung Sepat membesarkan 3 orang anak yg masih bersekolah. Dengan pendapatan yang tk menentu mereka dibantu oleh Pusat Zakat dengan bantuan kewangan sebanyak RM250 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 0196064381. Sumbangan SKR 2018 telah disampaikan oleh Tn Hj Arman bin Hj Saeman (Sukarelawan YBK). Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tn. Hj. Arman Hj Saeman (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-030]
TG SEPAT, 16 Mei 2018 - Di usia mencecah 70 tahun, En Selamat Wongsol masih lagi bekerja mengambil upah mengutip buah sawit sementara isteri Pn. Rusminah bekerja di sebuah kilang kerepek berdekatan rumah beliau. Hasil pendapatan yang tidak pernah lebih RM1000 inilah mereka meneruskan hidup bersama 2 orang anak yang mempunyai masalah kesihatan. Anak kedua pasangan ini tk mampu berdikari kerana masalah lembam, anak ketiga baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya setahun yang lepas manakala anak ke 4 telah lumpuh sejak 13 tahun lalu akibat kemalangan. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 013-2799685. Sumbangan SKR 2018 oleh En Mohd Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Tn. Hj. Arman Hj Saeman (Sukarelawan YBK). [RA-SGR-031]