SERENDAH, 25 Mei 2018 - Majlis Berbuka Puasa YBK telah diadakan di Asrama Kasih YBK. Majlis ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada Kumpulan Prihatin Ehsan, para pelajar Asrama Kasih YBK Serendah dan Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK Gesir dan Pusat Latihan YBK Kuala Selangor.

Majlis bermula pada jam 6:30 petang dengan bacaan Yasin dan doa selamat di surau ASKA Serendah yang dipimpin oleh YBhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut serta, Dato' Bing Selamat Amir, Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Rahman Ayub dan En. Zulhairy Jalaluddin selaku ALPA YBK; Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; Datin Hartini Osman dan Datin Saripah Ahmad, serta tetamu-tetamu jemputan lain. Solat Maghrib berjemaah dilaksanakan selepas selesai berbuka secara ringan sebelum para hadirin bergerak ke Dewan Utama untuk jamuan berbuka puasa.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah yang dipimpin oleh Dato' Pengerusi YBK di Surau ASKA Serendah.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;