KUALA LUMPUR, 30 Jun 2018 - Setelah 'berehat' di bulan Ramadhan, Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad kini diteruskan semula bermula minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman telah disediakan untuk diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir selepas selesai solat subuh.

Sempena bulan Syawal, sarapan yang disediakan berupa nasi himpit, rendang daging dan kuah kacang. Edaran dilaksanakan selepas selesai solat Subuh dan sambutan yang diterima adalah amat-amat menggalakkan. Para pegawai masjid dan pegawai YBK telah mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah. Edaran selesai sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 017-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;