KUALA LUMPUR, 14 Julai 2018Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad diteruskan seperti biasa pada minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman telah disediakan untuk diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir selepas selesai solat subuh.

Edaran dilaksanakan selepas selesai solat Subuh. Para pegawai masjid bersama-sama jemaah merangkap sukarelawan daripada Surau Al-Mukmin Gombak telah membantu mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah. Edaran disiapkan sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 017-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;