KUALA LUMPUR, 7 Julai 2018Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad diteruskan seperti biasa pada minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman telah disediakan untuk diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir.

Edaran dimulakan selepas solat Subuh. Para pegawai masjid bersama-sama sukarelawan yang hadir telah membantu mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah. Edaran selesai pada jam 8 pagi.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 017-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;