KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2018 - Program Santuni Gelandangan untuk minggu ini agak istimewa kerana terdapat penglibatan sukarelawan daripada kumpulan pelajar UiTM, UTHM, UMT dan kumpulan 'Desiran Bikers' yang bersama-sama daripada awal hingga akhir program. Para sukarelawan ini telah 'berkampung' di ibu pejabat YBK Kelana Jaya sehari sebelumnya (3 Ogos 2018) dan bersama-sama memasak makanan yang akan diedarkan kepada rakan-rakan jalanan.

Pada awal pagi 4 Ogos 2018, kumpulan ini telah bergerak secara 'konvoi' menuju ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Semangat gotong-royong dan kerjasama mantap jelas ditunjukkan apabila persiapan tempat dapat dilaksanakan dengan pantas dan tanpa sebarang masalah. Para sukarelawan ini telah bersama-sama membungkus dan mengedarkan 200 buah pek-pek makanan kepada rakan-rakan jalanan yang beratur di perkarangan masjid selepas solat Subuh. Edaran selesai sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor yang turut hadir telah melahirkan penghargaan kepada kumpulan pelajar dan 'bikers' ini kerana bersungguh-sungguh membantu dan melaksanakan program ini daripada awal hingga akhir. Diharapkan kerjasama strategik sebegini dapat diteruskan bersama-sama kumpulan-kumpulan yang lain di masa-masa yang akan datang.

Maklumat lanjut berkenaan Program Santuni Gelandangan, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;