- Hit: 1372
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2018 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berlangsung seperti biasa pada minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman telah disediakan untuk diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Tajaan untuk minggu ini adalah daripada Tuan Haji Mohd Tamin.
Edaran dilaksanakan selepas selesai solat Subuh. Para pegawai masjid bersama-sama sukarelawan membantu mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah. Edaran selesai pada jam 8 pagi.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.