- Hit: 1350
AMPANG, 28 Ogos 2018 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah berkunjung ke Pusat Jagaan Sri Mesra atau lebih dikenali sebagai 'Mesra Home'. Pusat jagaan ini menempatkan 18 orang warga emas yang diuruskan oleh Puan Faezah Ali bersama suaminya.
Kunjungan ini disertai oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor selaku CEO di samping kakitangan dan sukarelawan YBK yang tiba pada jam 9:00 pagi. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan YBK turut sama membawa juadah dan hadiah kepada penghuni warga emas di sini. Objektif kunjungan ini adalah untuk mengenali warga Mesra Home dengan lebih dekat di samping menyelami dan berkongsi ilmu dan curahan kasih sayang bersama mereka. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia YBK 2018.
Semua penghuni berasa gembira dan terharu dengan kehadiran YBK yang sedikit sebanyak telah menceriakan hari mereka. Pengurusanย Pusat Jagaan Sri Mesra boleh dihubungi di talian 012-6677934.