KUALA LUMPUR, 11 September 2018 - Sempena ketibaan 1 Muharram 1440H (Ma'al Hijrah), YBK telah mengadakan Program Santuni Gelandangan edisi khas pada hari ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Program hari ini amat istimewa kerana sarapan dan minuman untuk rakan-rakan jalanan ini telah ditaja oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK sendiri. Tajaan YBhg. Dato' ini juga adalah sempena ulang tahun kewafatan ayahanda beliau, Almarhum Hj Sakom.

Program bermula seawal jam 5:30 pagi dengan penyediaan sarapan dan minuman oleh staf YBK dan sukarelawan masjid. Menu sarapan adalah nasi lemak bersama rendang ayam dan kuih 'donut'. YBhg. Dato' dan isteri, Datin Hjh Hartini Osman, turut hadir dan bersama-sama mengedarkan sarapan dan minuman kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Edaran dilaksanakan selepas solat Subuh dan dibantu bersama oleh staf YBK dan sukarelawan. Sebanyak 200 set sarapan dan minuman telah disediakan.

Edaran berjalan lancar serta penuh suasana kemesraan, dan selesai sepenuhnya pada jam 8 pagi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;