- Hit: 1173
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2018 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengadakan Kunjung Hormat ke Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Objektif kunjung hormat ini adalah bagi berkongsi pengalaman dalam merintis hubungan kerjasama bersama YPM.
Delegasi YBK diketuai oleh Pengurus Besar, En. Muhd Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar. Turut serta, pegawai-pegawai kanan YBK termasuklah daripada Asrama Kasih, Pusat Latihan YBK dan Akademi Kemahiran YBK.
Terima kasih diucapkan kepada Haji Zakariah b. Md Sam, Ketua Pegawai Eksekutif YPM dan pengurusan tertinggi YPM, atas kesudian menerima kunjung hormat delegasi YBK. Semoga kunjungan ini memberi kesan positif dalam meneroka potensi dan sinergi kerjasama kedua-dua organisasi.