KELANA JAYA, 30 Oktober 2018 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menerima kunjungan daripada Generasi Alumni Mahasiswa Alor Gajah (GAMAG) yang diwakili oleh saudara Firdaus Baharuddin dan wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) UPM yang diwakili oleh saudari Nur Syafawani Mohd Fadzli di Rumah YBK Kelana Jaya. Kunjungan ini bertujuan bagi membincangkan potensi kerjasama antara GAMAG, GPMS UPM bersama YBK.

En. Muhd Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden Majlis Belia Malaysia telah memberi taklimat berkenaan YBK dan turut disertai oleh En. Audi Faliq Ibrahim yang memberikan penerangan berkenaan program motivasi YBK. Pihak GAMAG dan GPMS UPM turut berkongsi berkenaan program-program yang dilaksanakan oleh mereka danΒ turut berkesempatan mendengar taklimat berkenaan 'Mobile School' daripada wakil Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare.

GAMAG, GPMS UPM dan YBK secara objektifnya bersetuju untuk bekerjasama dalam pelaksanaan program dan akan memperincikan bentuk kerjasama yang bersesuaian pada pertemuan selanjutnya yang akan diaturkan kelak.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;