KUALA LUMPUR,ย 3ย November 2018ย - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berlangsung seperti biasa pada minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir.

Edaran dilaksanakan selepas selesai solat Subuh. Para pegawai masjid bersama-sama sukarelawan daripada Surau Al-Mukmin Gombak membantu mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah. Turut hadir, Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK. Edaran selesai sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;