- Hit: 1086
KUALA LUMPUR, 10 November 2018 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad berlangsung seperti biasa pada minggu ini. Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Tajaan minggu ini adalah daripada YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan keluarga.
Edaran dilaksanakan selepas selesai solat Subuh. Para pegawai masjid bersama-sama sukarelawan telah membantu mengedarkan semua pek sarapan dan minuman dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dan turut sama dalam Program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012-6174051 atau 03-78750036 untuk mendapatkan maklumat lanjut.