- Hit: 1111
KELANA JAYA, 13 November 2018 - Hari ini YBK telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan yang diwakili oleh pengarahnya, YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail di Rumah YBK. Ketibaan beliau telah disambut oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.
Dalam pertemuan yang berlangsung hampir sejam, YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal telah diberikan taklimat berkenaan YBK oleh Pengurus Besar dan beliau sendiri turut membentangkan taklimat berkenaan InsPeK. Turut hadir dalam pertemuan ini, Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar); dan Pengurus daripada Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Media & Komunikasi Korporat serta Bahagian Pendidikan, Inovasi dan Modal Insan.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan meneroka potensi kolaborasi di antara YBK dan InsPeK. YBK mengambil maklum akan pengalaman InsPeK dalam penyelidikan berimpak tinggi dan projek-projek kepada golongan sasar yang dilaksanakan di negeri Kelantan. InsPeK juga telah berkongsi kepada YBK, hasil kajian Pemetaan Kemiskinan di Kelantan di mana pemetaan yang dibuat adalah amat komprehensif.
Di akhir pertemuan, YBK dan InsPeK secara prinsip bersetuju untuk berkolaborasi dan akan memuktamadkan perinciannya di peringkat pengurusan.