- Hit: 1053
SERDANG, 29 November 2018 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan lawatan ke Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2018 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Objektif lawatan adalah untuk meninjau dan mengenal pasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk diintegrasi serta dikomersialkan bersama program YBK, di samping membina jaringan dan menimba ilmu berkenaan produk pertanian dan IKS secara amnya.
Lawatan diketuai oleh En. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK bersama-sama para pegawai tertinggi YBK. Lawatan bermula pada jam 10 pagi dan meliputi kesemua dewan dan gerai pameran.