- Hit: 1087
SERENDAH, 6 Disember 2018 - Hari ini Pusat Latihan YBK telah menerima sumbangan kenderaan bagi tujuan latihan amali, teknikal dan penyelidikan daripada Perodua. PLYBK merupakan antara institusi dan pusat latihan yang dipilih dari seluruh negara.
Majlis simbolik penyerahan telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Perodua dan disampaikan sendiri oleh Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.
En. Zulkifli Zali dari PLYBK dan En. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, mewakili Dato' Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK, telah hadir ke majlis bagi menerima sumbangan.