- Hit: 1018
KELANA JAYA, 7 Disember 2018 -Β Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, hari ini menerima kunjungan dari Pengerusi Yayasan Ikhlas, YBhg Datoβ Rosli bin Ramli. Turut hadir bersama beliau, Tuan Ir. Haji Kamaruddin Kassim, Pengurus Besar, Cik Rabiatul Hasanah Mahmood, Pegawai Pemasaran dan Promosi dan juga Cik Hafizah, Jurugrafik.
Pengurusan YBK dihadiri oleh Puan Aliah Zam (Pengurus Media, Arkib dan Komunikasi Korporat), Puan Rozita Arbain (Pengurus Pentadbiran, Kewangan dan Pembangunan Aset) dan Saudara Nasrul Ali Hassan Abdul Latif, Pegawai Khas Dato' Pengerusi.
Pertemuan ini antara lain membincangkan tentang bentuk kerjasama yang akan dijalinkan diantara kedua-dua yayasan dalam program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 nanti.