- Hit: 1462
SERENDAH, 14 Disember 2018 -Β YBK hari ini mengunjungi keluarga Encik Mohd Ashraf Gopi Abdullah dan Puan Rosnah Pinning beserta 5 orang anak mereka di Kg Orang Asli Serendah. Kisah keluarga ini telah diceritakan oleh akhbar Sinar Harian dan telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk YBK sendiri.
Kunjungan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut disertai oleh Tuan Haji Bahari bin Tajuddin, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Serendah merangkap Pengerusi PERKIM Hulu Selangor.Β Penempatan βpondokβ sementara yang dibina sejak 2 minggu yang lalu telah dipindahkan ke rumah bersebelahan surau Kg Orang Asli Serendah.
Hasil daripada siasatan dan rumusan yang dibuat, YBK bersetuju untuk menawarkan pembiayaan pendidikan percuma di Asrama Kasih YBK Serendah dan Asrama Kasih YBK Gesir kepada anak-anak Encik Ashraf. YBK turut memberikan sedikit sumbangan barang keperluan harian kepada keluarga ini yang disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar.Β YBK yakin melalui pendidikan akan membantu keluarga ini keluar daripada kemelut kemiskinan.