- Hit: 1101
KUALA LUMPUR, 15 Disember 2018 - Program Santuni Gelandangan pada minggu ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah berjalan seperti biasa dengan 200 pek sarapan dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Tajaan untuk minggu ini adalah daripada Top Mix Engineering Sdn Bhd.
YBK turut berbesar hati kerana dibantu oleh kakitangan Top Mix Engineering semasa proses edaran dari awal sehingga selesai kira-kira jam 8 pagi.
Kepada para dermawan yang ingin menyumbang atau membantu program ini, boleh menghubungi saudara Asuad di nombor 012-6174051.