KELANA JAYA, 19 Disember 2018 - Satu sesi Training for Trainers dan 'Team Building' untuk kakitangan ibu pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan, Asrama Kasih YBK Serendah & Gesir, Akademi Kemahiran YBK, dan Pusat Latihan YBK telah diadakan di sini. Objektif sesi adalah untuk memberikan pendedahan dan kemahiran selaku pemudahcara (fasilitator) kepada kakitangan.

En. Suhail Bin Mohamed Kamaruddin telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan kemahiran fasilitator kepada para hadirin. Turut bersama, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Aktiviti 'Team Building' diadakan selepas ceramah untuk memberikan kefahaman dan meningkatkan 'kelekitan' (cohesiveness) bersama.

Ilmu dan kemahiran yang dipelajari amat bermanfaat dan akan diaplikasikan oleh kakitangan dalam bidang tugas masing-masing.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;