GOMBAK, 17 Disember 2018 - Hari ini YBK telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga En. Achyar Osman yang tinggal di Kg Kerdas, Batu 6 Gombak. Anak sulung beliau, Ummi Nur Ihsan telah memohon sumbangan YBK bagi menampung sebahagian daripada kos pembelajarannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana kekangan kewangan keluarga.

En. Achyar berniaga kerepek di pasar malam bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pendapatan yang diperoleh adalah tidak menentu. Selain anak sulung beliau yang telah belajar di universiti, beliau memiliki 2 orang anak yang masih bersekolah dan seorang anak di tadika. Rumah yang didiami disewa dengan kos RM300 sebulan dan keadaan rumah adalah sedikit daif.

Sumbangan telah diterima oleh anak beliau, Ummi Nur Ihsan yang disampaikan oleh Penolong Timbalan Pengurus (Media & Arkib), En. Muhd Afiq Mohd Azman.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;