HULU LANGAT, 7 Januari 2019 - Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah dijemput untuk memberikan penerangan berkenaan Yayasan Basmi Kemiskinan dalam mesyuarat bulanan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Bukit Raya, Hulu Langat. Taklimat dihadiri oleh barisan Jawatankuasa MPKK.

Turut bersama, Encik Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus, Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Modal Insan) yang memberi penerangan berkenaan program Motivasi Semangat Mendaki dan Encik Nasrul Ali Hasan (Pegawai Khas Pengerusi YBK) dan Puan Rozana Idris (Penolong Timbalan Pengurus, Program Khas) yang menerangkan berkenaan program-program YBK dan silat.

YBK dan MPKK Kg Bukit Raya telah bersetuju secara kolektif untuk meluaskan ruang kerjasama dalam pelaksanaan program di masa akan datang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;