KELANA JAYA, 7 Februari 2019 - YBK hari ini telah menerima kunjungan daripada Kelab Beliawanis Seri Sepang (KBSS) yang diketuai oleh Puan Yusmah Indrawati Yusup. Delegasi KBSS telah disambut oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan para pegawai YBK. KBSS terkenal sebagai Persatuan Belia Terbaik Malaysia tahun 2017.

Kunjung hormat dan sesi perbincangan bertujuan bagi membentuk sinergi dan kerjasama yang sesuai dengan program-program YBK di masa hadapan. KBSS juga berbesar hati menjadi Rakan YBK serta sebagai pemantau bagi mendapatkan maklumat dan isu kemiskinan di kawasan Sepang khususnya. YBK bersedia menjalin kerjasama dengan semua persatuan, badan dan NGO dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyantuni masyarakat.

 

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;