MERU (KLANG), 28 Februari 2019 - Program ‘YBK EYE’ anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan telah dilancarkan secara rasminya pada hari ini di Sekolah Kebangsaan Meru, Klang oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK.

Turut hadir, Tuan Badrul Hisham Mokhtar Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Klang, En. Mohd Abdul Manaf Ali (Guru Besar SK Meru), Datin Dr. Hartini Osman, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), pegawai kanan PPD Klang, guru-guru pengiring dan barisan urusetia yang terdiri daripada para pegawai YBK dan SK Meru.

Program sumbangan cermin mata percuma kepada pelajar asnaf terpilih ini merupakan yang julung kali dilaksanakan oleh YBK melalui inisiatif strategik bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Kedai Kacamata Nur Kaseh Klang.

Majlis bermula pada jam 8:00 pagi dengan kehadiran dan pendaftaran guru dan pelajar daripada 7 buah sekolah iaitu S.K. Meru, S.K. Sungai Binjai, S.K. Rantau Panjang, S.K. Meru 2, S.K. Bukit Kapar, S.K. Sementa, dan S.K. Taman Klang Utama.

Pelancaran disempurnakan oleh Dato' Pengerusi YBK dengan simbolik menurunkan tanda tangan pada plat program sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir. Selesai majlis pelancaran, para pelajar telah dibawa membuat pemeriksaan mata secara bergilir yang dilaksanakan oleh Kedai Kacamata Nur Kaseh Klang.

Program ini akan diteruskan ke daerah-daerah yang lain selepas ini melalui kerjasama PPD dan sekolah.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;