KELANA JAYA, 10 Mac 2019 – Pagi ini telah berlangsung Kursus Umrah Siri 1 kepada peserta Umrah YBK 2019. Umrah YBK 2019 merupakan program tahunan dan tahun ini merupakan kali ke-6 program ini dilaksanakan. Seramai dua belas (12) orang individu terpilih akan dihantar ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Turut bersama mereka adalah 2 orang kakitangan yang telah berkhidmat bersama YBK lebih dari 10 tahun.

Kursus dimulakan pada jam 10 pagi dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK dan telah berlangsung selama 2 jam di Ibu Pejabat YBK Kelana Jaya. Sesi dikendalikan oleh Tuan Haji Haris Abdol (Pengurus Tiram Travel Sdn. Bhd.) dan Puan Hajah Rahimah Mohamad.

Antara pengisian pada Siri 1 kursus umrah kali ini adalah tentang persediaan awal diri para Jemaah daripada segi fizikal, mental, emosi dan spiritual. Pengenalan tentang Madinah dan Mekah juga diselitkan sebagai pengetahuan am kepada semua jemaah. Kesempurnaan tatacara dalam solat juga diperincikan bagi memastikan solat yang akan dilaksanakan nanti akan lebih khusyuk dan sempurna.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;