KELANA JAYA, 26 Mac 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyambut ulang tahun nya yang ke-29 hari ini melalui Majlis Sambutan 29 Tahun YBK beserta pelancaran 15 Program YBK yang diadakan di Rumah YBK Kelana Jaya.

Objektif program ini diadakan adalah bagi melahirkan kesyukuran atas ulang tahun di samping bagi meraikan rakan-rakan strategik yang menyokong dan bersama YBK dalam program-program yang diadakan. Para tetamu yang hadir adalah terdiri daripada mantan ALPA dan kakitangan, rakan-rakan YBK daripada pertubuhan, agensi dan juga orang perseorangan.

Majlis bermula pada jam 10 pagi dengan ketibaan YABhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengasas YBK diiringi oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Usai nyanyian lagu Negaraku, Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menyampaikan ucapan aluan dan disusuli dengan ucapan perasmian dan pembukaan gimik pelancaran oleh YBhg. Dato' Pengerusi YBK.

Majlis diteruskan dengan 'Sesi Minda Pengasas' di mana YABhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menyampaikan ucapan beliau berkenaan pelbagai perkara kepada hadirin. Usai sesi, penyampaian Watikah Kerjasama telah dilaksanakan kepada rakan-rakan YBK yang hadir.

Sesi fotografi, acara memotong kek serta pulut kuning dan jamuan makan menjadi acara penutup. Majlis selesai sepenuhnya kira-kira jam 1 petang.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;