KUALA LUMPUR, 6 April 2019 - Program Santuni Gelandangan telah berlangsung seperti biasa hari ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan edaran 200 pek sarapan pagi, kuih dan minuman panas. Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut bersama menyertai edaran pada pagi ini bersama Puan Alia Zam (Pengurus Media & Arkib) dan Cik Rosmaiza (Timbalan Pengurus Pentadbiran & Kewangan).

Rakan YBK daripada Kelab Beliawanis Sri Sepang (KBSS) seramai 13 orang telah turut bersama pagi ini melaksanakan edaran kepada rakan-rakan jalanan. Edaran dimulakan selepas selesai solat subuh. Mereka telah membantu dalam persiapan makanan sejak malam sebelumnya dengan menyiapkan kuih untuk diedarkan.

YBK mengucapkan terima kasih kepada KBSS yang memberi sumbangan pada minggu ini. Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini atau memerlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;