KELANA JAYA, 3 April 2019 - Hari ini YBK mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan dan Masyarakat, SPRM Malaysia. Dimaklumkan, YBK merupakan Yayasan yang ke 7 dalam Malaysia yang telah melaksanakan IBR.

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Turut sama dalam majlis ini adalah Y.Bhg. Dato' Haji Bing Selamat Amir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), Y.Bhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (CEO Group Prihatin Ehsan Holding Berhad) dan warga kerja Yayasan Basmi Kemiskinan.

Majlis dimulakan dengan sesi Taklimat Peranan SPRM oleh Tuan Samsul Salip, Ketua Cawangan Sosio Budaya & Politik diikuti ucapan aluan Pengerusi YBK diikuti dengan ucapan oleh Tn. Hj Nor Rasmi bin Shari, Timbalan Pengarah PenMas SPRM.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;