KELANA JAYA, 16 Mac 2019 – Kursus Umrah Khas Siri 2 telah berlansung di Rumah YBK Kelana Jaya pagi ini. Program tahunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2014. Program yang menginfakkan tajaan umrah kepada ‘pemimpin kecil’ yang menyantuni masyarakat seperti siak masjid, pengurus jenazah, bidan kampung dan sebagainya.

Pada sesi kali ini, peserta diberi pendedahan ilmu pengetahuan berkaitan pelaksanaan ibadah Umrah. Pengetahuan dan pemahaman mengenai umrah merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan agar tidak berlaku kesilapan atau kekeliruan melakukan ibadah itu ketika berada di sana kelak.

Tuan Haji Haris Abdol dari Tiram Travel Sdn Bhd Cawangan Shah Alam selaku pengendali kursus umrah khas kali ini menasihatkan agar semua menjaga kesihatan menjelang minggu-minggu akhir sebelum berangkat ke tanah suci.

YBK mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan para dermawan sama ada individu atau organisasi. Hubungi saudari Afifah Nazimuddin di talian 03 7875 0036 atau 013 963 0100 untuk info lanjut.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;