KG GESIR TENGAH, 12-14 April 2019 - Kem Semangat Mendaki YBK (Kem YBK) telah menerima kehadiran para pelajar dan guru dari SMK Seksyen 18 Shah Alam untuk Program Kem Transformasi Kepimpinan Bersepadu Ko-Kurikulum. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dan melibatkan kekuatan seramai 120 orang pelajar dan 22 orang guru.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan aktiviti dan mempelajari beberapa kemahiran antaranya Kembara Malam (Night Walk), Susur Hutan (Jungle Trekking), Ikhtiar Hidup (Survival), Pandu Arah (Orienteering), Bantu Mula (First Aid) dan Merentas Halangan (Obstacle). Aktiviti 'Flying Fox' juga turut dijalankan dan disertai oleh pelajar dan guru.

Susunan aktiviti dan modul telah dikoordinasi oleh En. Asuad Ismail selaku ketua fasilitator dan dibantu oleh para jurulatih dan fasilitator daripada YBK. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom turut meluangkan masa untuk hadir pada hari ke-2 dan memberikan perkongsian motivasi kepada para pelajar.

YBK melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan SMK Seksyen 18 Shah Alam terutama kepada Tuan Pengetua, En. Ahmad Kamal Idris dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberikan amanah kepada Kem Semangat Mendaki YBK bagi melaksanakan program ini.

Kem YBK mengalu-alukan agensi, institusi atau pertubuhan yang ingin menggunakan kem ini bagi tujuan program atau aktiviti rekreasi dan bina kumpulan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Asuad Ismail di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;