KUALA LUMPUR, 23 April 2019 - Bertempat di Lorong Haji Taib 4 yang sohor, telah berlangsung Program Dakwah Jalanan & Peduli Gelandangan bersama pelajar daripada Fakulti Teknologi Warisan dan Kreatif (FTKW) serta Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom turut bersama melakukan 'street dakwah' melalui aktiviti nyanyian dan ramah mesra yang turut disertai oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail daripada Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan InsPeK UMK. Hadir bersama, Datin Dr. Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), para pegawai YBK dan rakan-rakan daripada Majlis Belia Malaysia.

Program diteruskan dengan pengedaran makanan kepada rakan-rakan jalanan. Proses edaran dilakukan sendiri oleh para pelajar UMK yang hadir sambil dipantau oleh pegawai YBK dan rakan daripada Majlis Belia Malaysia serta sukarelawan Chow Kit. Para pelajar telah diberi taklimat perjalanan dan keselamatan sebelum bergerak secara berjalan kaki dalam satu kumpulan besar.

Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut bersama berjalan dan meninjau proses edaran yang berlangsung lebih 30 minit.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;