GOMBAK, 27 April 2019 - YBK hari ini telah melaksanakan aktiviti gotong-royong membaiki pulih di Kampung Changkat Simpang 3, Gombak. Kediaman Puan Nor Azimah telah dipilih kerana keadaan yang daif dan terdapat keperluan mendesak untuk mengganti bahagian bumbung rumah memandangkan beliau merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama anak-anak yang masih kecil.

Koordinasi gerakerja telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK dan dibantu oleh para sukarelawan daripada Akademi Kemahiran YBK (AKYBK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Aminuddin Abu dan Dr. Azizi, serta Majlis Belia Daerah Gombak juga penduduk setempat. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut meluangkan masa hadir dan membantu bersama.

Tumpuan projek adalah untuk menyiapkan pembaikan bumbung dan juga pendawaian kediaman dan kerja selesai sepenuhnya pada sebelah petang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;