HULU LANGAT, 30 April 2019 - Hari ini telah berlangsung program YBK Eye peringkat Daerah Hulu Langat. Program ini berkonsepkan pemberian cermin mata percuma kepada pelajar-pelajar asnaf terpilih dalam daerah Hulu Langat. Para pelajar ini akan menjalani pemeriksaan mata secara terperinci yang dilaksanakan oleh kakitangan daripada Menara Optometri, dan kemudiannya mereka diberi peluang untuk memilih bingkai cermin mata yang diinginkan.

Program yang mensasarkan seramai 400 orang penerima ini dimulakan pada bulan Februari yang lalu di daerah Klang, daerah Hulu Selangor pada bulan Mac, dan daerah Hulu Langat pada bulan ini. Untuk siri ketiga ini, seramai 120 pelajar dari 13 buah sekolah di sekitar daerah Hulu Langat telah terlibat dalam program ini.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Bandar Sunway Semenyih; SK Taman Cuepacs; SK Tun Abdul Aziz Majid; SK Bandar Tasik Kesuma; SK Dusun Tua; SK Bandar Bukit Mahkota; SK Kg. Rinching; SK Bandar Teknologi Kajang; SK Kg Kuala Pajam; SMK Abdul Jalil; SK Engku Husain; SK Pandan Jaya; dan SMK Bandar Tasik Kesuma.

Majlis perasmian YBK Eye peringkat Daerah Hulu Langat telah disempurnakan oleh Pengerusi YBK, YBhg Dato' Haji Zainal Abidin Sakom.Turut hadir di majlis tersebut, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz selaku Tuan Pengurus Besar YBK; Puan Siti Amiza bt Abdul Aziz (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat), dan wakil dari Menara Optometri, Puan Salhanizatul Shahreen Salman.

Harapan YBK agar setiap pelajar yang mendapat sentuhan manfaat ini akan dapat mentransformasikan diri ke arah yang lebih baik selaras dengan slogan program ini iaitu ‘Clear, Brighter, Better’.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;