LEMBAH SUBANG, 20 Ogos 2019 - Hari ini YBK telah mengadakan kunjung hormat ke Surau Darul Hidayah Putra Permai yang terletak dalam kawasan PPR Lembah Subang.

Pertemuan dan perbincangan telah dihadiri oleh Pemangku Pengerusi Surau, Tuan Abu Yamin bin Marimin; Tuan Razdan bin Haji Alias (Setiausaha) dan Ustazah Rohani (Ketua Muslimah).

YBK diwakili oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar) dan turut bersama, Cik Wan Afifah (Timbalan Pengurus Perhubungan Awam) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Modal Insan).

Perbincangan bertumpu kepada cadangan mengadakan program 'Rak YBK' iaitu rak makanan keperluan asas bagi yang memerlukan, di samping potensi kerjasama untuk program-program YBK yang lain seperti Khairat Umrah dan peluang pendidikan.

Pihak surau menyambut baik saranan YBK dan bersetuju untuk bekerjasama dan siri perbincangan susulan akan dilaksanakan kelak.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;