KUALA LUMPUR, 14 September 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah dijalankan seperti biasa pada hari ini dan turut disertai oleh sukarelawan daripada Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

Edaran 200 pek sarapan pagi dan minuman dimulakan selepas solat Subuh dan selesai sepenuhnya pada jam 8:00 pagi. Proses edaran berjalan lancar dengan rakan-rakan jalanan memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang amat baik. Rakan jalanan yang hadir juga turut berpeluang memilih pakaian terpakai yang disediakan oleh YBCare melalui inisiatif 'Huluran Qaseh'.

Pegawai YBK dan sukarelawan BAKA yang hadir telah melaksanakan edaran dan dibantu oleh pegawai Masjid. Hadir membantu, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan Datin Dr. Hajjah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;