SEPANG, 17 Oktober 2019 - Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia pada hari ini, YBK telah melaksanakan Program YBK Eye iaitu pemberian cermin mata percuma kepada pelajar sekolah yang memerlukan. Program ini merupakan siri yang ke-4 dan merupakan siri terakhir/penutup bagi tahun 2019.

Program ini melibatkan beberapa buah sekolah terpilih di dalam daerah Sepang dan SK Taman Pantai Putra menjadi tuan rumah untuk program ini. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Turut hadir, Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prihatin Ehsan Holding), YBhg. Tuan Haji Arbain (Pegawai PPD Daerah Sepang), Puan Azlina (YDP PIBG SK Taman Pantai Sepang), YDP2 PIBG Sekolah Daerah Sepang Zon Selatan dan para ibu bapa.

Syarikat D'Optometrist VisionCare Centre yang diketuai oleh Dr. Haliza Mutalib telah melaksanakan pemeriksaan mata kepada pelajar yang akan menerima cermin mata masing-masing dalam masa terdekat.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;