SEKINCHAN, 19-20 Disember 2019 - YBK telah mengadakan sesi permukiman (retreat) KPI bagi membincangkan prestasi tahun 2019 dan perancangan tahun 2020. Permukiman ini melibatkan staf ibu pejabat, Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Pusat Latihan YBK dan Akademi Kemahiran YBK di Sekin Hotel & Resort, Sekinchan selama dua hari.

Pada hari pertama di sebelah tengahari telah diadakan pembentangan prestasi 2019 oleh semua Bahagian dan outlet YBK oleh Ketua Bahagian dan Pengetua masing-masing. Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan taklimat aluan sebelum pembentangan dimulakan. Di sebelah malam pula telah dilaksanakan pembentangan perancangan tahun 2020. Turut hadir, Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK.

Sesi penetapan takwim program 2020 dan santapan motivasi diadakan pada hari kedua. Santapan motivasi disampaikan oleh En. Suhail Mohamed Kamaruddin yang merupakan penceramah dan jurulatih motivasi profesional. Program selesai sepenuhnya pada waktu tengahari dan semua staf kemudiannya berangkat pulang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;