BANGI, 14 Januari 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan lawatan kerja ke GMI Technical & Consultancy (GMI Tech) yang terletak di German-Malaysian Institute - GMI. Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat sendiri kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh GMI Tech di samping meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kumpulan YBK diketuai oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan turut bersama adalah Datin Hartini Osman, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta wakil daripada Akademi Kemahiran YBK Gesir, Pusat Latihan YBK Kuala Selangor dan Servecare Sdn Bhd.

Pihak GMI Tech telah memperlihatkan pelbagai peralatan dan kemudahan berkaitan teknologi pembuatan di samping beberapa projek yang dilaksanakan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;