SG. BESAR, 14 Februari 2020 - Komuniti penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah (DKMB) telah mengadakan Majlis Doa Selamat sebagai tanda kesyukuran atas kelulusan kebermilikan tanah yang diperoleh pada 7 Februari yang lalu.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan doa selamat dan tahlil ringkas. YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan kemudiannya memberi ucapan serta amanat kepada jemaah penduduk Desa Kasih yang hadir.

Dalam ucapannya, Dato' Pengerusi menyentuh berkenaan sejarah Desa Kasih Merbau Berdarah, kepentingan untuk mensyukuri nikmat serta perkongsian berkenaan hikmah bersedekah.

Turut hadir, Datin Dr. Hjh Hartini Osman, En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar), En. Mohd Khairi Yunos (Mantan Eksekutif Kanan Sosial YBK), Tok Sidang, ahli-ahli MPKK, para pegawai YBK serta komuniti DKMB.

Majlis disempurnakan dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam yang disediakan secara bergotong-royong oleh para penduduk.

BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;